Home » » Malam Pertama Alvivi Di Penjara, PAS Hantar Nasik

Malam Pertama Alvivi Di Penjara, PAS Hantar Nasik

Written By Unknown on 20/07/2013 | 2:00 pm








SEBETULNYA tiada apa yang aneh bila PAS bersungguh-sungguh mempertahankan kesucian bulanRamadhan yang dicemarkan oleh pasangan Alvivi, tapi kemudian mengeluarkan pula kenyataanmeminta umat Islam di negara ini memaafkan pulak perbuatan tersebut.

Dia ibarat PAS yang beria-ia mahu kerajaan bertindak tegas ke atas pasangan tersebut, tapi kemudiannya malam-malam, PAS yang hantar nasik untuk kedua mereka makan dalam penjara.

Perumpamaannya lebih kurang macam itu.

Kalau tidak ada tindakan itu hari, PAS akan dakwa kerajaan ini tidak bersungguh mempertahankan Islam (yang juga agama rasmi persekutuan), takut kepada cina dan sebagainya. Bila ada tindakan, PAS mintak umat Islam yang naik darah dengan perbuatan tersebut supaya memaafkan mereka.

Ini biasa, politik 2 rupa macam ini memang selamanya jadi modal PAS untuk kekal relevan dalam politik Malaysia, terutama sejak dua menjak bekerjasama dengan PKR dan DAP.

PAS sentiasa ada akal untuk mengelirukan umat Islam dan rakyat di negara kita agar jangan menyokong tindakan kerajaan UMNO/BN, tidak pedulilah sebaik dan semulia mana. Pendek kata, buat salah, tak buat salah, semuanya jadi serba salah.

Sepatutnya orang PAS ni tanyalah kepada pemimpin parti berkenaan seperti Hanifa Maidin dan Ketua Puteri PAS kenapa dulu beria-ia minta dikenakan tindakan tapi bila tindakan dah diambil, suruh dimaafkan pulak?

Apa motif disebaliknya, adakah kerana takut DAP kecil hati? Kita tahulah 2 dari 3 peguam yang mewakili pasangan tersebut ialah penyokong DAP dan teman ”se profession” Hanifa Maidin, tapi agak-agaklah nak membodek pun.



Pun begitu, hairan juga, macam mana di Kuala Besut sekarang, PAS cukup takut kalau DAP dikaitkan dengan parti tersebut. Kecuali pada hari penamaan calon dimana penasihat DAP , Lim Kit Siang turun, sampai sekarang tidak ada seorang pun pemimpin pakatan pembangkang selain PAS yang datang membantu jentera disini.

Ada pun poster DAP yang dipasang di sekitar kawasan Kuala Besut ini, habis dicabut orang PAS sendiri. Panas, katanya!!

Tapi di luar Kuala Besut, macam-macam yang PAS cuba tunjuk untuk buktikan yang parti tersebut dan DAP betul-betul berkerjasama dalam Pakatan pembangkang dan sanggup buat apa sahaja demi mengambil hati parti tersebut, termasuk sampai ke tahap membela pasangan Alvivi dan minta umat Islam memaafkan mereka.

Sampai bila perkara seumpama ini akan berterusan? Penulis tidak pasti tapi yang nyata, selagi ada orang telan bulat-bulat kefahaman bahawa PAS ini parti yang terbuka kepada politik pelbagai kaum (bukan setakat politik berasaskan Islam), selama itulah cacamarba yang serupa ini akan berterusan.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger