Home » » Foto : Penjenayah Bekas Tahanan Ordinan Darurat Mati Di Tembak !!

Foto : Penjenayah Bekas Tahanan Ordinan Darurat Mati Di Tembak !!

Written By Unknown on 31/07/2013 | 1:00 pm


Semalam aakj tulis tang penjenayah ni d SINI

Hari ni terbaca d akhbar..rupanya penjenayah ini 'lepasan' tahanan Ordinan Darurat..apakah dia termasuk yang d lepaskan setelah Ordinan Darurat dan ISA d hapuskan? Siapa yang bersungguh nak hapuskan ?

Baca :
Seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) yang mempunyai 20 rekod jenayah mati selepas berbalas tembakan dengan polis dalam sekatan jalan raya berhampiran Kompleks Desa, Kepong di sini awal pagi ini.

Kejadian pada pukul 2.15 pagi itu berlaku ketika suspek yang memandu sebuah kereta Toyota Vios, ditahan anggota polis dan diminta keluar untuk menyerahkan dokumen pengenalan diri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, suspek berusia 35 tahun mengikut arahan itu namun kemudian mengeluarkan sepucuk pistol lalu melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota polis terbabit.

"Mujurlah tembakan dilepaskan suspek tidak mengenai sasaran. Dia kemudian merampas sebuah van daripada pemiliknya dan memecut sejauh kira-kira 50 meter.

"Suspek bagaimanapun berjaya disekat sebelum berlaku insiden berbalas tembakan sehingga dia cedera parah terkena tembakan di perut, bahu dan kaki kiri," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Mohmad seterusnya berkata, suspek yang tidak sedarkan diri telah dihantar ke Hospital Selayang sebelum meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang ini.

Katanya, pemeriksaan ke atas suspek serta kenderaan dipandunya menemui sepucuk pistol semi auto 11mm caliber, sepucuk pistol tiruan, enam topeng muka dan sebatang besi.

"Siasatan turut mendapati kereta yang dipandu suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kereta tersebut dilaporkan hilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang awal tahun ini," ujar beliau.

Kata Mohmad, pemeriksaan ke atas rekod suspek pula mendapati dia terlibat dalam 20 kes jenayah termasuk lima daripadanya pernah ditahan di bawah EO membabitkan kes jenayah curi kenderaan, pecah rumah dan rompakan bersenjata.

Jelasnya, mengikut rekod, dia dibebaskan dari penjara pada 2005 membabitkan kes sama.

"Polis percaya suspek mempunyai rakan-rakan lain yang turut terlibat dalam aktiviti jenayah, justeru, pihak polis akan menjejaki mereka dalam waktu terdekat," ujarnya.


Kembalikan ISA, Ordinan Darurat Sebelum Negara Menjadi Gawat!

Share this article :

+ comments + 1 comments

1/21/2014 7:56 am

Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger