Home » » Blogger Porno Akhirnya Di Dakwa Hari ini !!

Blogger Porno Akhirnya Di Dakwa Hari ini !!

Written By Unknown on 18/07/2013 | 12:30 pm


Pasangan hina Islam hadapi tiga tuduhan, boleh dihukum sehingga 5 tahun penjara

Kuala Lumpur: Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee yang menghina agama Islam dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook baru-baru ini, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, hari ini.

Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan atau pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata mereka akan menghadapi tiga pertuduhan mengikut Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.“Alvin dan Vivian akan tampil di Mahkamah Jalan Duta esok (hari ini) selepas siasatan ke atas mereka selesai dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada Isnin lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Penjara lima tahun

Di bawah akta itu, mereka yang disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua hingga lima tahun serta denda tidak kurang RM5,000 atau kedua-duanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, pula berkata mereka dijangka tampil bersama peguam pada jam 8.30 pagi.
“Setakat ini Polis Kuala Lumpur gagal menghubungi mereka selepas diminta menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

“Namun, mereka menghantar SMS kepada pegawai penyiasat di Seremban dan memberitahu akan datang ke Bukit Aman.

“Difahamkan tindakan mereka ke Bukit Aman atas nasihat peguam yang akan mewakili mereka. Sekiranya gagal hadir, polis akan menge-luarkan waran tangkap,” katanya.

Chin Wah berkata, kertas siasatan dibuka oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis selepas menerima tiga laporan polis daripada badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini.

Isnin lalu pasangan itu disoal siasat hampir 11 jam di pejabat SKMM, di Jalan Tun Razak, di sini, bagi memberikan keterangan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menyalah guna kemudahan media sosial.

Pasangan itu yang juga bekas penuntut National University of Singapore (NUS) didakwa mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar dalam laman sosial Facebook mereka menikmati hidangan dengan keterangan gambar ‘Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi), wangi enak dan menyelerakan’ berserta logo halal.

Umat Islam marah

Tindakan mereka bukan saja menimbulkan kemarahan umat Islam, malah mendapat tentangan kaum Cina sehingga Pengerusi Social Care Foundation, Tan Sri Robert Phang, menyifatkan tindakan mereka melampau dan menyentuh sensitiviti umat Islam.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger