SUBANG 12 Jun - Tindakan 88 Ahli Parlimen pembangkang tidak hadir
pada majlis Taklimat Ahli-Ahli Dewan Rakyat Majlis Parlimen Ke-13 bukan
sahaja tidak bertanggungjawab tetapi memperlihatkan sikap dwistandard
mereka.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyelar
perbuatan tersebut berkata, perkara itu membuktikan pembangkang tidak
pernah ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat sebaliknya hanya mahu
berpolitik.
Mereka bukan sahaja tidak menghormati Speaker Dewan Rakyat dan
proses sedia ada tetapi bertindak memperlekeh Parlimen serta sokongan
yang diberikan oleh rakyat. Mereka cuma mahu berpolitik selamanya.
Mengapa di negeri mereka menang, pembangkang angkat sumpah dan
mentadbir? Jangan dalam satu kaedah kita guna pendekatan ini tetapi lain
pula kaedah jika ia tidak sesuai dengan kehendak kita," katanya.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian selepas
mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) sambil diiringi Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali
Daud di sini hari ini.
Semalam di pihak pakatan pembangkang, hanya Ahli Parlimen Bakri, Er
Teck Hwa hadir dalam sesi taklimat tersebut manakala lain-lain tidak
berbuat demikian selaras dengan hasrat memboikot majlis angkat sumpah
pada 24 Jun ini.
Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
-
Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
Parti UMNO adalah sebuah wadah perjuangan. Itulah yang sering dikatakan
oleh...
1 week ago
Post a Comment