Home » » Dap Mahu Pasar Ramadhan Di Tutup !!

Dap Mahu Pasar Ramadhan Di Tutup !!

Written By Unknown on 27/06/2013 | 10:11 am






Seperti yang diketahui dan dijangkakan, sikap RASIS DAP memang terserlah apabila mereka memilih kaedah membalas dendam bukannya menyelesaikan masalah.

Apabila Ketua Menteri Melaka yang baru, Harun Idris mengumumkan pasar malam Jonker Street yang diadakan pada malam Sabtu dan Ahad, bukannya keseluruhan Jonker Street pada sepanjang waktu, ditutup bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, DAP menerusi Setiausaha Publisiti Kebangsaannya, Tony Pua muncul dengan idea yang paling bernas dan paling pantas serta ekstrim, iaitu TUTUP SEMUA PASAR RAMADAN dengan alasan yang sama.

Pasar Ramadan bermula di Kuala Lumpur pada pertengahan 1960-an dengan tapak mulanya adalah di Jalan Raja Alang. Bagaimanapun, di tempat-tempat yang lain, setiap kali tibanya Ramadan dan Syawal, muncul ramai peniaga-peniaga kecil Melayu-Islam, bahkan bukan Melayu untuk cuba meraih pendapatan lebih.

PBT kemudiannya menjadikan pasar ramadan lebih tersusun menerusi pengeluaran permit dan lesen sementara. Tempohnya adalah dari 1 Ramadan sehinggalah Ramadan yang terakhir.

Pasar malam pula merupakan budaya penduduk di Asia Tenggara dengan konsep asalnya ialah penjualan barangan yang lebih murah dan kurang kualiti berbanding yang dijual di premis-premis perniagaan besar. Bagaimanapun, kebelakangan ini, pasar malam bukan lagi medan penjualan barangan yang lebih murah, sebaliknya harga lebih mahal dan tidak sepadan langsung dengan kualiti.

Antara pasar malam yang kemudiannya ditukarkan menjadi kawasan perniagaan penjaja terkenal di Malaysia adalah Petaling Street di Kuala Lumpur dan Jonker Street di Melaka. Perniagaan ini tidak lagi melibatkan pemain yang bermodal kecil, sebaliknya melihat kepada penyertaan di Petaling Street, ianya dikawal oleh sebuah kongsi yang mengawal banyak gerai dengan kepelbagaian barangan ciplak, cetak rompak, mahupun tiruan.

Petaling Street sudah cukup terkenal di seluruh dunia sebagai tempat perdagangan barangan haram. Malaysia menerusi Petaling Street telah tersenarai sebagai antara negara penjual dan pedagang barangan tiruan terkemuka serta menduduki antara tangga teratas.

Anehnya, tempat-tempat lain ang disenaraikan, juga melibatkan budaya dan ras yang sama iaitu CHINABENG!

Tindakan Kerajaan Negeri Melaka menutup pasar malam Jonker Street, rupa-rupanya telah dijadikan alasan kepada DAP untuk menunjukkan kuasa mereka menindas orang Melayu dan menghalang orang Melayu-Bumiputera daripada berkongsi niaga. Sememangnya, sakit hati dengan hasad yang amat keterlaluan sekiranya ada Melayu-Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan, telah mendorong DAP menyingkirkan semua kebarangkalian yang waras sebaliknya mengambil tindakan berdasarkan balas dendam.

Barangkali kerana sudah terlalu lama dimanjakan dan dimuakan, sekarang DAP kelihatan cukup bersemangat untuk memastikan kejatuhan UMNO-BN menerusi hasutan dan balas dendam.

Apa yang akan berlaku seterusnya?

DAP nampaknya tidak faham dengan masalah sebenar. Walhal masalah kesesakan jalan raya di kawasan Jonker Street mereka sendiri yang timbulkan ketika Kerajaan Negeri Melaka di bawah pimpinan Ali Rustam mahu mewujudkan Pasar Malam Jonker Street dengan alasan kesesakan lalu lintas. Namun sekarang, mereka pula yang beria-ia menyatakan bahawa tindakan Kerajaan Negeri Melaka adalah kejam dan balas dendam perlu dilakukan dengan MENGHARAMKAN SEMUA PASAR RAMADAN melibatkan peniaga kecil Melayu-Bumiputera.

Dalam hal ini, kita melihat bagaimana DAP sekali lagi berjaya memanipulasi dan mempolitikkan sesuatu isu demi keuntungan peribadi mereka. Nasib rakyat negara ini, hanya bergantung kepada setuju atau tidaknya DAP dalam sesuatu perkara.

Cuma yang paling menarik ialah, di mana letaknya pula pendirian PAS dan PKR yang merupakan rakan sekutu DAP. Adakah mereka bersetuju dengan tindakan DAP untuk menghapuskan dan mengharamkan PASAR RAMADAN di Pulau Pinang, negeri yang dikawal dan dikuasai oleh DAP secara sepenuhnya?

Atau seperti biasa, mereka akan cuba untuk memberikan dalih yang paling sempurna iaitu “ITU HANYALAH PENDAPAT PERIBADI TONY PUA.”?

Yang pasti, selepas isu ini, Lim Guan Eng dan DAP akan muncul dengan penuh bergaya sebagai PEMBELA NASIB RAKYAT dengan lakonan kononnya mereka tidak kejam, mereka lebih bersimpati dan mereka lebih memahami dengan gabungan sedikit bantuan yang nilainya tidak lebih daripada beberapa ringgit!



sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger