Home » » DAP Kini Parti Kedua Terbesar Di Malaysia ?

DAP Kini Parti Kedua Terbesar Di Malaysia ?

Written By Unknown on 29/06/2013 | 11:24 am


Parti DAP merupakan parti kedua terbesar di Malaysia berdasarkan jumlah wakil rakyat daripada parti itu pada waktu ini, dakwa Pengerusi Interim DAP Kedah, Zairil Khir Johari..
Beliau mendakwa DAP kini mempunyai 145 orang wakil rakyat iaitu 38 Ahli Parlimen dan 107 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sehubungan itu beliau berharap pakatan pembangkang memberi lebih kerusi yang akan ditandingi parti itu di Kedah pada PRU14 atas kejayaan luar biasa DAP pada PRU13.
“DAP mencapai kemenangan dalam dua kerusi DUN Kedah iaitu Derga dan Kota Darul Aman pada PRU13.
“Ini merupakan kemenangan 100 peratus kerana DAP Kedah hanya bertanding dalam dua kerusi. Walaupun kejayaan ini cemerlang, kami berharap bilangan kerusi yang ditandingi ditingkatkan memandangkan DAP sudah menjadi parti kedua terbesar di Malaysia dari segi jumlah wakil rakyat,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Zairil Khir yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan berkata, pihaknya berharap DAP Kedah akan bertanding dalam lapan kerusi termasuk dalam kerusi Parlimen pada PRU14.
Beliau dalam pada itu memaklumkan beliau akan melantik beberapa pemimpin dari luar Kedah bagi membantu memantapkan organisasi dan jentera DAP Kedah.
Katanya, tumpuan beliau adalah untuk membina keahlian serta menambah jumlah cawangan bagi memperluaskan pengaruh DAP di luar Alor Setar seperti Gurun dan Sungai Petani.
 – mynewshub.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger