Home » » Adun Gerabak Keretapi Gigit Jari : Bini Kawan Pindah Tangan ?

Adun Gerabak Keretapi Gigit Jari : Bini Kawan Pindah Tangan ?

Written By Unknown on 16/06/2013 | 2:00 pm


PASIR PUTEH, KELANTAN 16 Jun - Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM600,000 untuk projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak dan Selising di sini yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Zawawi Othman berkata, antara projek yang akan dilaksanakan pada tahun ini ialah projek kemudahan asas seperti pembinaan jalan kampung, projek ekonomi belia, di samping peruntukan bagi mengimarahkan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidlifitri.

"Peruntukan itu sebagai penghargaan kerajaan Pusat kepada pengundi yang mengundi BN di kedua-dua kawasan DUN ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama masyarakat di DUN Selising di Kampung Lepah di sini, semalam.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger