Home » , » "Unit Amal Pas Pukima#" - SAMM

"Unit Amal Pas Pukima#" - SAMM

Written By Unknown on 02/05/2014 | 10:38 pm



Kita semua tahu bahawa unsur penyatuan yang terdapat di dalam Pakatan Rakyat adalah bersifat sementara. DAP, PAS dan PKR mempunyai agenda yang terlalu berbeza. Kadang-kala ianya tidak langsung menggambarkan satu kesatuan yang harmoni. Tidak seperti Barisan Nasional yang diasaskan atas dasar tolak ansur, kasih sayang dan keharmonian sesama rakyat Malaysia. Pakatan Rakyat disatukan dengan elemen benci dan hasutan.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat terlalu banyak ideologi yang bersarang di dalam Pakatan Rakyat. Jika sebelum ini ideologi ini dapat disatukan hanya dengan kebencian terhadap BN dan juga kata-kata dusta oleh Anwar Ibrahim, kini unsur keretakkan dapat dilihat dengan jelas. Perkara ini juga telah lama disedari oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, namun mungkin kerana malu untuk mengakui kesilapan masing-masing, mereka masih lagi berusaha untuk terus berpura-pura dihadapan rakyat jelata.

Apapun, penulis ingin memuji tindakan Datuk Seri Haji Hadi Awang semasa kempen PRU-13 yang lalu. Sungguhpun beliau adalah Presiden PAS dan orang kuat di sebalik Pakatan Rakyat, namun atas dasar tanggungjawab, beliau telah menarik segala sokongan terhadap calon dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dikatakannya oleh beliau adalah seorang calon berideologi sosialis dan komunis. Haji Hadi Awang juga melarang para penyokong PAS termasuk Unit Amal untuk membantu calon tersebut hatta berada di dalam bangunan parti tersebut pun dilarang keras sama sekali. Ini sekaligus menambahkan lagi keretakkan di dalam institusi Pakatan Rakyat.

Terlalu banyak insiden yang boleh dijadikan contoh keretakkan ini berlaku. Pergaduhan dalaman antara pelbagai “kem” di dalam PKR. Kewujudan golongan Anwarinas di dalam PAS. Tambahan pula kehadiran golongan pro-Anwar di dalam DAP jelas menunjukkan Pakatan Rakyat sedang berada diambang kejatuhan yang amat memalukan.

Terbaru, kejadian di Dataran Merdeka pada 1 Mei 2014 yang lepas merupakan klimaks bagi siri keretakkan Pakatan Rakyat. Kejadian pergaduhan yang melibatkan Unit Amal PAS dan juga kumpulan Antifa Malaysia (Anti-Facist Malaysia) yang mempunyai pertalian dengan SAMM telah menjadi tatapan umum seluruh rakyat Malaysia. Tiada apa yang boleh disembunyikan lagi daripada rakyat. Ini menunjukkan keretakkan yang semakin meruncing di dalam Pakatan Rakyat.

Kejadian pergaduhan ini berlaku kerana terdapat ideologi yang amat berbeza di dalam organisasi pembangkang Malaysia. Kekeliruan identiti ini menyebabkan rakyat merasa bahawa mereka tidak boleh mentadbir Malaysia di masa akan datang. Sememangnya benar, PAS sendiri mempunyai jati diri taksub dan ekstremis. Namun begitu, mereka masih lagi berpegang teguh kepada ajaran Islam yang melarang umatnya daripada bertindak melampaui batas. Pada hari kejadian, Unit Amal PAS memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak polis dalam usaha untuk memastikan protes pada kali ini berjalan lancar dan mesej dapat disampaikan kepada pihak kerajaan.

Perkara ini tidak dikongsi bersama oleh SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) yang mempunyai hubungkait dengan pelbagai organisasi bawah tanah (underground organization) di Malaysia. Mereka mengambil jalan mudah, bukan untuk bekerjasama tetapi untuk menyebarkan fahaman anarki di Malaysia. Anarki dengan kata lain, ingin menghuru-harakan negara agar matlamat mereka untuk menjatuhkan kerajaan tercapai.

Pertempuran yang berlaku diantara kedua-dua kumpulan penyokong tegar Pakatan Rakyat ini menunjukkan pergolakan ideologi yang berlaku di dalam organisasi tersebut. Unit Amal PAS telah dicaci maki dengan kata-kata kesat oleh kumpulan SAMM hanya kerana salah faham. Akhirnya beberapa orang telah cedera dalam pergaduhan tersebut.

PAS sebagai salah sebuah parti paling lama di Malaysia perlu menyatakan pendirian sebenar mereka. Sekiranya mereka masih lagi bersama Pakatan Rakyat, apakah mereka juga menyokong apa yang disokong oleh Pakatan Rakyat? Pakatan Rakyat menyokong LGBT (Seksualiti Merderka, Kumpulan Gay dan Lesbian), Anarki (Hishamuddin Rais, SAMM & Antifa Malaysia), Anti-Hudud (DAP) dan bermacam lagi ideologi yang bertentangan dengan Islam. Adakah PAS juga bersama dengan golongan ini? Adakah PAS walaupun telah dimaki P**imak oleh anak-anak muda liberal masih lagi sanggup bermati-matian berjuang untuk Pakatan Rakyat yang telah jelas menentang hukum Allah dan Islam?

Taatnya PAS kepada Pakatan tak ubah seperti seorang hamba sahaya kepada tuannya. Walaupun telah dimaki hamun berbakul-bakul oleh SAMM dan Antifa, mereka masih lagi mempertahankan golongan tersebut. Ini dapat dilihat di dalam dua hingga tiga artikel di dalam Harakahdaily.com yang menuduh kononya UMNO dan Barisan Nasional pula yang telah melakukan kekacauan tersebut. Mentaliti seorang hamba sahaya yang telah dibelenggu mental mereka sememangnya begitu. Walaupun kebenaran telah terpapar di depan mata, mereka tetap tidak nampak. Semuanya telah dikaburi oleh kebencian yang tidak berpunca, hasil dari hasutan jahat pemimpin mereka sendiri bertahun lamanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger