Home » , » Hudud : DAP yang Patut Keluar Pakatan, Bukannya Pas !!

Hudud : DAP yang Patut Keluar Pakatan, Bukannya Pas !!

Written By Unknown on 02/05/2014 | 10:47 pm


Tahun 2014 merupakan dimulakan dengan pelbagai isu besar yang melanda parti pembangkang Malaysia. Dari isu air Selangor hinggalah kekecewaan pemimpin pembangkang kerana tidak dapat bertemu Presiden Barack Obama, satu perkara yang ramai diantara kita terlepas pandang ialah perlaksanaan Hudud di Kelantan.

Hudud adalah satu set hukuman yang telah diperjuangkan oleh fundamentalis Islam di Asia Tenggara. Apabila Brunei, sebuah negara yang kaya telah melaksanakan sistem Hudud, maka ianya telah menjadi “trigger” agar sistem ini diaplikasikan di kesemua negara Islam di Asia Tenggara (Indonesia dan Malaysia).

Di Malaysia, “Hudud” merupakan asas kepada perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Walaupun telah lama berdolak-dalik tentang perkara ini, PAS nampaknya masih menyimpan hasrat yang mendalam untuk melaksanakan sistem penghukuman Hudud walaupun hanya di Kelantan sahaja. Sistem Hudud PAS yang ingin diaplikasikan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu belum lagi dibacakan di Parlimen Malaysia, namun telah mendapat penentangan yang hebat dari rakan-rakan mereka di PKR dan juga DAP.

Selepas berakhirnya pilihan raya ke-12 pada tahun 2008, PAS kelihatan longlai dan tidak bermaya sehingga terpaksa merubah slogan dan perjuangan mereka. Hudud tidak lagi disebut-sebut dalam ceramah pasca PRU-12 kerana khuatir ia akan menyebabakan kehilangan sokongan dari orang bukan Melayu yang berada di bawah telunjuk DAP. Lantas PAS mengambil langkah untuk menggantikan hudud kepada “Negeri Berkebajikan”.

Perkara ini bagaimanapun tidak dapat bertahan lama kerana golongan ulama’ dalam PAS merasa tidak selesa dengan perkara ini. Hudud perlu dikembalikan semula kedalam menifesto/ janji kempen PAS kerana sokongan orang-orang agama semakin berkurangan kesan dari perpindahan perjuangan PAS. Lantas, PAS mengambil keputusan untuk meneruskan dengan perjuangan lama mereka kononya untuk menegakkan sistem undang-undang Islam. Bekas Pengerusi DAP YB Karpal Singh telah menyatakan sekiranya mereka ingin melaksanakan Hudud di Malaysia, mereka perlulah melangkah mayatnya dahulu. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Mendiang Karpal Singh walaupun pada ketika itu PAS tidak lagi gagah memperjuangkan hudud.

Akhirnya selepas PRU-13 melabuhkan tirainya, PAS kembali menyokong semula dan membawa panji hudud dalam perjuangan mereka. Perkara ini telah lama diperhatikan oleh rakan-rakan mereka dari Pakatan Rakyat terutamanya oleh DAP. PKR yang kononya memperjuangkan kesaksamaan seluruh rakyat Malaysia nampak tidak konsisten di dalam sokongan mereka memperjuangkan Hudud. Dihadapan PAS mereka akan menyatakan sokongan mereka, manakala bila berhadapan dengan DAP, mereka akan menyatakan bahawa mereka menolak hudud. Hipokrasi sememangnya adalah permainan PKR sejah berzaman lagi.

Diantara ketiga-tiga parti tersebut, hanya DAP sahaja yang konsisten dalam memperjuangkan hak orang kafir, menolak hudud dan pembasmian keistimewaan orang Melayu. Manakala PAS & PKR hanya mengikut arus dan tidak tahu ke mana arah tuju perjuangan mereka. Justeru itu kita wajar menyeru DAP untuk keluar sahaja dari Pakatan Rakyat daripada terpalit dengan permainan politik PKR & PAS. Ini wajar dilakukan sekiranya mereka ingin nampak releven dan boleh dipercayai oleh penyokong mereka.

Jika DAP masih terus bersama Pakatan Rakyat maka sudah terang lagi bersuluh, parti Cina itu juga sedang bergelut samada ingin menjadi sebuah parti yang releven dengan perjuangan ataupun parti yang hipokrit seperti PKR. Jika DAP masih lagi ragu-ragu untuk meninggalkan Pakatan Rakyat maka sudah tentu ini bermaksud, DAP tidak pernah ikhlas dengan perjuangan mereka dan hanya mementingkan kuasa dan pangkat untuk memenuhkan poket para pemimpin mereka dengan duit sahaja.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger