Isu yang dimainkan adalah ketelusan dana disalurkan kepada program yang diwujudkan untuk memberi fokus kepada perkembangan pendidikan kanak-kanak ini.
Bak mengata dulang paku serpih – kini isu lebih kurang serupa menimpa isteri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Isteri Khalid, Puan Sri Salbiah dikatakan menerima seorang pembantu khas yang dibayar gaji, elaun, dan insuran hayat oleh Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) semata-mata kerana kedudukannya sebagai isteri MB.
Tugas pembantu khas ini adalah membantu isteri Khalid dalam program kemasyarakatan dan sosial yang dilakukannya.
Apabila isu ini dibangkitkan, Khalid membela isterinya dengan mendakwa pembantu khas itu perlu untuk membantu isterinya yang merupakan Pengetua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS).
Kata Khalid, peruntukan kepada pembantu khas berkenaan adalah sebahagian daripada kemudahan yang diberi kepada Ahli Lembaga Pengarah MBI.
PEKAWANIS yang merupakan sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dianggotai oleh wanita yang dilantik sebagai speaker, timbalan speaker, ahli-ahli exco, ahli dewan negeri, ahli parlimen, ahli dewan negara dalam Selangor dan juga orang perseorangan yang dilantik dan dijemput khas oleh majlis tertinggi. - MYNEWSHUB
Post a Comment