Home » » Kedah, Simbah Asid Update : Bekas Suami Upah Dua Suspek ?!!

Kedah, Simbah Asid Update : Bekas Suami Upah Dua Suspek ?!!

Written By Unknown on 11/05/2014 | 8:15 pm


Semalam Aakj keluarkan cerita kejadiannya d SINI

Polis mendapat petunjuk baru berhubung dua suspek yang menyimbah asid terhadap sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak di gerai nasi lemak di Jalan Tanah Merah, Pendang, Khamis lalu, selepas bekas suami mangsa berusia 62 tahun disyaki dalang kejadian itu ditahan.

Sumber berkata, dua suspek berusia 20-an kini diburu dan dipercayai mereka diberi upah oleh dalang serangan itu.

“Polis percaya dua suspek terbabit diberi upah oleh bekas suami mangsa memandangkan lelaki itu tidak berupaya melakukan sendiri berikutan faktor usia.

“Suspek direman tujuh hari mulai kelmarin bagi membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.

Semalam akhbar melaporkan, polis menahan lelaki berusia 62 tahun berhubung kes menyimbah asid terhadap suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, awal pagi kelmarin.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger