SIAPA yang tidak kenal Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang cukup disenangi oleh rakyat jelata negeri itu kerana sikap mudah mesra dan berjiwa rakyatnya.
Pernah mengharungi air dan menyingsing lengan menyediakan makanan untuk mangsa banjir di Kuantan pada Disember lalu, ternyata Tengku Puan seorang yang gemar melakukan aktiviti kebajikan.
Bagaimanapun, rakyat telah dikejutkan dengan berita baginda menjalani pembedahan ‘Disc Replacement’ di Clinique De Genolier, Switzerland, awal pagi semalam.
Melalui akaun Instagram, beliau telah memuatnaik gambar dengan ayat yang berbunyi:
“On 23rd jan at 8am I ll undergo a disc replacement surgery…at level c4c5 n c5c6..putting cage at 2 levels n inshaallah I will have no more pain… for 12 yrs I ve endured n last one month was …I ve been in acute pain…pls pray for me…. takut n nervous…”
Biarpun tidak dijelaskan secara terperinci, pembedahan itu mungkin berkaitan dengan kesakitan di leher yang pernah dialaminya atau atas bahu yang pernah dialaminya beberapa tahun lalu.
Memetik artikel dari laman Pahang Daily Online, Tengku Puan pernah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan pada Ogos 2011 selepas mengalami kekejangan otot di bahagian atas badan.
Akibatnya, baginda berasa sakit di bahagian lengan atas sehingga tidak dapat menggerakkan badan.
Setahun sebelum itu, Tengku Puan pernah mengalami kesakitan pada leher sehingga terpaksa menggunakan pendakap leher.
Ternyata baginda mendapat sokongan dan doa daripada rakyat jelata yang begitu menyayanginya melalui komen positif yang tidak putus-putus di akaun tersebut.
Melalui gambar terbaru bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah dan anak-anak, baginda dilihat semakin sihat dan ceria selepas pembedahan.
Apa pun, kami doakan Tengku Puan dapat menjalani semula kehidupan harian seperti biasa dan dapat menjalankan semula kerja kebajikan yang sudah menjadi lumrah buat dirinya sekembalinya ke tanahair nanti.
mynewshub
(Kredit gambar: Instagram Tengku Puan Pahang)
Post a Comment