Home » » Foto ;Kuala Krai Bagaikan London...

Foto ;Kuala Krai Bagaikan London...

Written By Unknown on 25/01/2014 | 11:57 am



Rakyat Malaysia kini menikmati keadaan cuaca nyaman seperti musim bunga di kota London, United Kingdom apabila suhu di beberapa bandar utama di negara ini turun mendadak berpunca daripada aktiviti matahari yang berkurangan.

Keadaan yang berlaku sejak beberapa hari lalu itu menyaksikan suhu di bandar raya Kuala Lumpur turun kepada 25 darjah Celsius berbanding 33 darjah Celsius minggu lalu.

Di Kelantan pula, Jajahan Kuala Krai mencatatkan bacaan suhu paling rendah iaitu 17 darjah Celsius berbanding sekitar 29 darjah Celsius bagi suhu maksimum.

Ketika diminta mengulas fenomena perubahan cuaca yang jarang berlaku itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Chong Hon Yew berkata, ia berpunca daripada aktiviti matahari yang mempunyai kitaran dalam tempoh 11 tahun dan dikenali sebagai 'Edaran Matahari'.

Menurutnya, kali terakhir matahari dikesan melalui proses yang aktif ialah pada tahun 2001.


-Abdul Razak Yunos (kanan) dan anggota keluarganya menikmati minuman petang di Kampung Keroh, Kuala Krai, Kelantan dengan memakai baju sejuk..kosmo
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger