Bangkai seekor buaya tembaga dipercayai berusia hampir 100 tahun digelar ‘Pengawal Pintu Sempadan Sungai’ ditemui terdampar di tebing sungai Kuala Linggi di Kota Simpang, Lubok Cina, dekat sini, kelmarin.
Difahamkan, buaya tembaga dengan ukur lilit hampir tiga meter dan berat tiga tan itu digelar pengawal pintu sempadan Negeri Sembilan - Melaka berikutan sering menonjolkan diri setiap kali nelayan turun ke sungai untuk menjaring udang galah dan ikan.
Kejadian disedari seorang nelayan sungai Zainal Md Ali, 63, kira-kira jam 9.30 pagi ketika menjaring udang selepas terhidu bau busuk dari tebing sungai sebelum menemui bangkai buaya tembaga sepanjang tujuh meter.
Menurut Zainal, dia terpandang reptilia terbabit dipenuhi lumpur lalu mendekatinya sebelum menyedari ia tidak bergerak dan dipercayai mati tiga hari lalu dalam keadaan dihurung lalat selain tubuhnya dicarik biawak.
“Kepala buaya berkenaan menghala ke tebing sungai dan saya lihat seluruh badannya dipenuhi lumpur dipercayai tidak berupaya bergerak kerana sudah tua.
--Harian Metro
Post a Comment