28/12/2013

Pengantin Tak Sempat Malam Pertama...

Gayo Lues ( Aceh ) : Seorang lelaki yang tidak sampai 24 jam bernikah tidak sempat menikmati malam pertama apabila dia ditangkap kerana membunuh seorang tetamu majlis perkahwinannya .

Baharudin menikam tetamu terbabit , Alim , menyebabkan mangsa mati selepas mereka bergaduh kerana mancis dalam kejadian di Kampung Pining Benteng .

Jurucakap polis tempatan Inspektor Asrijul , Baharudin sebelum ini pernah mengalami sakit jiwa .

" Dia pernah gila . Pernah dikurung dan menjalani rawatan di hospital Kota Bharu . Selepas dipercayai pulih , dia dinikahkan oleh ibu bapanya , " kata Asrijul .


Kejadian berlaku ketika sekumpulan remaja berkumpul di rumah ibu bapa Baharudin , termasuk Alim .


" Baharudin mendekati Alim dan bertanyakan mancis . Alim menjawab tidak tahu . Suspek merasakan dirinya dipermainkan lalu mengambil pisau dan menikam rakan sekampungnya itu , " kata Asrijul .

Menurutnya , Alim mati dalam perjalanan ke hospital sementara Baharudin ditahan sebelum dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan mental . -mymetro

No comments:

Post a Comment