Home » » Pemilihan UMNO 2013 ; Wujudkah "Hukuman Berpilih" ?!!

Pemilihan UMNO 2013 ; Wujudkah "Hukuman Berpilih" ?!!

Written By Unknown on 10/11/2013 | 2:00 pm


Ketelusan Bukan Ketirisan !! Ketegasan Bukan Ketakutan !!

Makin lama Jawatankuasa Pemilihan maupun Jawatankuasa Disiplin bertindak maka hampir setiap hari kita akan lihat d dada akhbar 'suara desakan' yang kita bimbang akan jadi seperti parti DAP..setiap hari d hentam dalam akhbar dan akhirnya setiap hari d TV3..malu dan tidak bermaruah !!

Soal integriti Parti bukan satu perkara yang boleh kita sembunyikan. Rakyat Malaysia terutamanya ahli UMNO masih bersabar dengan pelbagai cerita yang berlegar berhubung pemilihan UMNO 2013 baru-baru ini. Ahli UMNO menunggu..apakah Jawatankuasa yang terlibat BERANI BERTINDAK atau masih menunggu arahan atau "strategi makin lama makin sejuk" cuba d gunakan..dengan harapan ahli UMNO dah tak panas lagi dengan isu kekecohan sewaktu pemilihan baru-baru ini...

Jangan sampai ahli mula berarak ke PWTC buat kecoh dah la..seperti ada Bahagian UMNO buat gila berarak membantah keputusan memilih Calon Wakil Rakyat BN dulu..kononnya dialah calon PRU13 yang terbaik..kononnya dialah yang paling d kenali kerana setiap minggu buat program yang mana setiap minggu itulah orang yang sama hadir cuma bezanya Tajuk Program sahaja yang berbeda !! akhirnya jumlah majoriti yang beliau perolehi sudah cukup untuk mengukur berapa ramai pengundi menolak beliau !!

Sari dua ni dok masuk surat khabar..dok lepaskan perasaan tidak puashati kerana Jawatankuasa yang bertanggungjawab seolah-olah sepi..seolah-olah takut untuk buat keputusan..seolah-olah semuanya nak tunggu 'blessing' dari atas..samada nak bawa atau tidak sesuatu kes..

Jawatankuasa yang bertanggungjawab wajib elakkan PERSEPSI wujudnya Blessing dari PM atau TPM..tak pasal-pasal ahli UMNO dah mula berbisik kononnya PM atau TPM terlibat campurtangan dalam kes PENIPUAN sewaktu pemilihan !!

Kata Tok Guru ambo ; Bangkai Haiwan kalau kita tutup sekalipun..baunya tetap busuk..!! Jangan perjudikan kepercayaan ahli UMNO selama ini !!

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger