8.35: Anwar Ibrahim belum tiba walaupun ceramah dijadualkan jam 8.30 malam. Sebahagian penyokong yang berkumpul mula bercakap-cakap mahu merempuh pintu pagar Universiti Malaya.
Setakat ini tiada anggota polis berpakaian seragam atau pasukan simpanan persekutuan (FRU) dipanggil mengawal keadaan.
Kira-kira 500 orang penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di hadapan pintu masuk Universiti Malaya laluan Kuala Lumpur yang telah ditutup sejak jam 6 petang tadi.
Universiti Malaysia sebelum ini menyatakan program ucapan Anwar Ibrahim sempena rayuan kes liwat beliau di Mahkamah Persekutuan esok, yang dirancang di dalam Universiti Malaya tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa Universiti.
Lagi foto di :
http://www.mykmu.net/2014/10/27/live-um/#noredirect
Post a Comment