21/10/2014

Tanah Runtuh Di Bukit Beruntung : 2000 Dipindahkan

Lebih kurang 2,000 penduduk Teratai Aparment di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung diarah berpindah dari rumah masing-masing berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pagi Isnin.

Pegawai operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu, Azhar Tajudin berkata kejadian terbabit berlaku di sebelah Blok F Teratai Apartment.

Azhar berkata 12 kakitangan telah dihantar ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10:44 pagi

Penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di tiga buah sekolah yang berdekatan.

Kakitangan Bomba dan Penyelamat kakitangan masih memantau keadaan di apartmen lima tingkat tersebut.

Siakap

No comments:

Post a Comment