Suara.TV :
Batu Pahat – Muktamar PAS hari ini sedikit kecoh dengan adegan tarik mikrofon antara perwakilan Wilayah Persekutuan, Dr Azhari Ariffin dan perwakilan dari Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar.
Ini berikutan sebelum adegan itu, perwakilan Wilayah Persekutuan PAS itu telah membahas cadangan dengan membaca doa dengan panjang sehingga habis ucapan.
Selesai perwakilan itu habis membaca doanya di dalam perbahasan itu, Ridzwan yang tidak berpuas hati terus mengambil mikrofon itu dan menyatakan pandangannya dengan merasakan perwakilan Wilayah Persekutuan telah salah menggunakan platform di Muktamar ini.
“Ini kerana beliau hanya membaca doa dalam bahas yang ingin dikemukakan.
“Ini secara tidak langsung mengelirukan wartawan agama selain Islam kerana platform pagi ini adalah untuk membahas topik yang ingin diajukan kepada kepimpinan PAS,” katanya di hadapan 2,000 hadirin yang hadir di hari kedua Muktamar Tahunan PAS ke-60.
Tegasnya isunya bukan doa semata-mata tetapi penyalahgunaan platform kerana ia sepatutnya untuk membahas tetapi beliau hanya membaca doa untuk membahas.
“Kaedah doa ini boleh mempengaruhi perwakilan PAS dan wartawan juga mengaminkannya.
Di dalam doa yang dibacakan oleh Dr Azhari juga ada menyebut terdapat dua nila dalam parti PAS.
“Satu nila dari Hulu Klang dan satu nila dari Morib”.
Ini menimbulkan rasa kurang senang oleh Ridzwan apabila bahasnya dibacakan dalam bentuk doa.
Ridzwan juga berkata aduan ini bagi mengelakkan berlaku salah faham dan ingin mengingatkan supaya platform ini digunakan dengan betul.
“Kita juga sudah ajukan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyiasat perkara ini.
“Kita akan tunggu keputusan perkara ini dalam pergulungan pimpinan PAS esok dan kita harap jawapan yang betul diberikan oleh Hadi,” ujarnya.
Post a Comment