11/09/2014

UPSR : Soalan Bocor Di WhatsApp

Johor Bahru: Jabatan Pendidikan Johor menafikan seorang guru di sekolah rendah di Tampoi bertanggungjawab menyebarkan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekoleh Rendah (UPSR) subjek Science 018.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Md Jais Sarday berkata, sebaliknya guru di Tampoi berkenaan bertindak memaklumkan kes berkenaan kepada kementerian pendidikan.

Beliau berkata, guru berkenaan memaklum perkara itu selepas menyedari kertas soalan berkenaan tersebar menerusi WhatsApp.

"Kami menafikan spekulasi mendakwa guru itu terbabit dalam kes ini.

"Sebaliknya, saya difahamkan pada awalnya kertas soalan itu disebarkan di sebuah pusat tuisyen (bukan di Johor) sebelum ia dikongsi di laman media sosial," katanya.

Jais berkata, pihaknya juga menerima beberapa aduan daripada ibu bapa yang kecewa dengan penangguhan kertas subjek berkenaan.

"Ia sepatutnya hari ini tetapi ditangguh ke tarikh baru 30 September.

"Saya berharap pihak kementerian pendidikan tidak berkompromi dengan individu yang tidak bertanggungjawab itu," katanya.

Laporan polis berkaitan soalan tersebar di media sosial dilakukan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya semalam.

Pengadu menyatakan aduan kertas soalan yang tersebar itu diperolehi seorang pegawai kementerian pendidikan daripada seorang guru di Tampoi.

Perkara itu menimbulkan spekulasi di kalangan sesetengah ibu bapa yang menganggap guru berkenaan mendalangi perbuatan berkenaan.

No comments:

Post a Comment