12/09/2014

Tol Naik 200 %

Pihak berkuasa pengangkutan darat Singapura mengumumkan kenaikan kadar baru tol lebih 200 peratus bagi kenderaan yang masuk dan yang meninggalkan negara tersebut melalui Tambak Johor.

Kenaikan tersebut yang berkuatkuasa 1 Oktober bagaimanapun tidak meliputi motosikal, menurut kenyataan lembaga berkenaan.

Kadar bayaran tol bagi kereta meningkat dari RM3 kepada RM9.60 manakala kadar bagi van dan kenderaan perdagangan ringan meningkat dari RM4.80 kepada RM14.60.

Kadar bagi teksi dan bas pula masing-masing akan meningkat dari RM1.50 dan RM2.50 kepada RM4.80 dan RM7.80.

Pengumuman itu susulan tindakan Lembaga Lebuhraya Malaysia yang menaikkan kadar tol di Tambak Johor sehingga tiga kali ganda, berkuatkuasa 1 Ogos lalu. - MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment