19/09/2014

Terkini : Video Ahli Parlimen Di Campak Ke Dalam Tong Sampah



Anggota parlimen Ukraine Vitaly Zhuravsky.

Sekelompok orang sedang marah meringkus anggota parlimen Ukraine Vitaly Zhuravsky kelmarin pagi di Ibu Kota Kiev dan melemparkan dia ke dalam tong sampah.

Peristiwa itu terjadi ketika dia sedang berjalan melewati kerumunan orang ramai di luar bangunan parlimen, seperti dilansir surat khabar the Daily Mail, Rabu (17/9).

Sebuah rakaman video beredar memperlihatkan sekelompok orang mencaci Zhuravsky lalu meringkusnya dan menggotong tubuhnya hingga masuk ke dalam sebuah tong sampah dengan kepala lebih dulu.

Kerumunan massa itu marah kerana Januari lalu dia merancang undang-undang buat membasmi tunjuk perasaan antipemerintah. Sebelumnya dia juga mengajukan undang-undang untuk memperkarakan pencemaran nama baik.

Dalam video itu Zhuravsky terlihat berusaha melepaskan diri tapi orang-orang yang meringkusnya malah menumpahkan air dan sampah ke atas tubuhnya yang sudah masuk tong sampah.

Anggota parlimen Ukraine kelmarin memutuskan akan meratifikasi perjanjian dengan Kesatuan Eropah dan mengajukan tawaran otonomi kepada wilayah sebelah timur Ukraine.

Berikut video Zhuravsky dimasukkan ke tong sampah oleh sekumpulan orang.

sumber:merdeka.com


No comments:

Post a Comment