Seorang lagi penghasut telah ditahan oleh polis di bawah Seksyen 9 Akta Hasutan 1948 pagi ini. Laporan polis tentang hasutan tersebut telah dibuat di Shah Alam dan Kapasong.
Si penghasut tersebut adalah Hasan bin Abdul Karim yang beralamat di No.55B, Kampung Melayu Pontian Besar Kiri, , Pontian, Johor dan bekerja sebagai seorang peguam. Hasan bin Abdul Karim juga adalah Naib Pengerusi PKR Johor.
Tangkapan telah dibuat di rumah Hasan lebih kurang jam 11:30 malam tadi melibatkan empat orang pegawai polis dengan dua daripada mereka adalah dari Jabatan Forensik Digital Cybersecurity Malaysia.
Turut dirampas adalah sebuah telefon bimbit model GT-19300, memori kad, laptop dan simkad bagi tujuan siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.
Hasan ditahan ekoran laporan polis ke atasnya setelah dia membuat kenyataan di Twitter yang menghina DYMM Sultan Selangor dan berbaur hasutan. Dia menggunakan akaun Twitter bernama @HAKARIM51.
Laporan polis pada 15 Ogos 2014 lalu dibuat berdasarkan kenyataannya seperti berikut:
"Sultan jenis apakah ini? Ketika Selangor dalam krisis serius dia lari ke luar negeri."
"Kerajaan Khalid di Selangor sekarang kerajaan haram, exco pun haram, keputusan mesyuarat haram, gaji pun haram. Istana sokong benda haram?"
"Sultan Selangor perlu belajar dari Sultan Perak yang lalu. Khalid pun begitu. Kena baca penghakiman mahkamah persekutuan dalam kes Nizar v Zambry."
Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Pada 29 Ogos lalu, Hasan telah ditangkap dan disoalsiasat di IPD Shah Alam, tetapi memilih untuk mengunci mulut dan enggan menjawab sebarang soalan ketika disoalsiasat.
Sepatutnya malam nanti, Hasan terlibat dalam satu forum yang akan menghasut rakyat Johor untuk bangkit memberontak dan menghapuskan Akta Hasutan dalam sebuah forum yang bertajuk, "AKTA HASUTAN: SIAPAKAH MANGSA SETERUSNYA?".
Namun penangkapan ini telah menyebabkan dia terpaksa menarik diri kerana dia akan bersoal jawab. Paling menarik ialah apabila Hasan juga dijangka akan menutup mulut dengan ditemani oleh peguamnya selain dia mengharapkan dia juga akan bernasib baik seperti di Shah Alam pada 29 Ogos lalu apabila dibebaskan tanpa dikenakan sebarang ikat jamin atau bon jaminan.
Buletinsengal
No comments:
Post a Comment