TUMPAT 11 Sept. - Setiausaha Pas Kawasan Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
Pemilihan Wan Rosdi yang juga Penyelia DUN Pengkalan Kubor diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Ahmad Yakob dalam satu majlis pengisytiharan di pekarangan Masjid Geting, dekat sini malam ini.
Yang hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah; Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.
Post a Comment