20/09/2014

Roti Canai RM35.00 Sebiji !!




Butterworth: Kemahiran mempamerkan aksi roti canai ‘Superman’ atau roti ‘terbang’ bukan saja menyebabkan Mohd Fazli Fazil Mokhtar, 32, popular dalam kalangan penduduk setempat, malah dia turut dibawa ke Jepun dan China bagi mempromosi makanan popular Malaysia itu.

Setiap hari, Mohd Fazli atau lebih dikenali sebagai Fund dari Teluk Air Tawar, dekat sini, tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan pelanggan, malah ada yang sanggup menunggu lama semata-mata mahu menikmati roti ‘terbang’ sentuhannya.

Selain melayan pelanggan di gerainya, dia turut mencatat sejarah peribadi apabila mempamerkan aksi roti ‘terbang’ pada majlis kenduri perkahwinannya dengan Nurmawarnee Tumadi, 27, tahun lalu.

Selain itu, penduduk setempat yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan anak mereka menjemput Mohd Fazli menebar roti canai untuk dihidangkan kepada tetamu.





Anak sulung dari empat beradik itu mula menyertai Pertandingan Roti Canai Pulau Pinang pada 2005 sebelum mengikuti program mempromosi makanan Malaysia di Jepun pada 2010, 2011, 2012 dan tahun lalu.

Dia turut menyertai World Expo 2010 di Shanghai, China dan di Jepun pada Februari lalu bagi mempromosi roti canai sempena kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

“Adakalanya saya menebar 200 roti canai sehari terutama pada hujung minggu, tetapi banyak masa dihabiskan di luar negara terutama Jepun dan China kerana terbabit dalam membantu mempromosi makanan Malaysia. ─ myMetro online

No comments:

Post a Comment