17/09/2014
Pengemis Hantar RM5000 Sebulan Ke Kampung Halaman
Beijing: Seorang lelaki tua dari wilayah Jiangsu yang hidup dengan mengemis di bandar raya ini mampu mengirim wang 10,000 yuan (RM5,200) setiap bulan untuk menyara keluarganya.
Menurutnya, wang hasil mengemis itu menjadi satu-satunya sumber pendapatan keluarganya.
Dengan wang itu, dia membiayai pengajian tiga anggota keluarganya di universiti serta membina rumah dua tingkat di Jiangsu.
Menurut sumber, lelaki berusia 70 tahun itu datang ke sebuah pejabat pos di Beijing setiap bulan untuk mengirim 10,000 yuan kepada keluarganya. Pada musim cuti, jumlah wang dibawanya mencecah 20,000 yuan (RM10,400). Baru-baru ini, selepas Festival Musim Bunga, lelaki itu datang ke pejabat pos tiga hari berturut-turut kerana tidak mampu mengira semua wangnya dalam masa sehari.
Dia biasanya akan mengira wang itu dilantai, satu persatu, sebelum menyerahkan ke kaunter. Lelaki berkenaan juga menawarkan upah 100 yuan kepada mereka yang membantunya mengira.
Bagaimanapun, seorang kerani yang membantunya enggan menerima upah itu.
“Dia pelanggan utama kami,” kata kerani itu.
Gambar yang merakam lelaki tua itu mengira wangnya menjadi viral di Internet baru-baru ini. - Agensi,
No comments:
Post a Comment