20/09/2014

N01 Pengkalan Kubor : Pas Takut Dengan Papan Iklan BN RM12 Billion

fitnah besar pas

Penasihat Operasi PAS Takiyuddin Hassan berkata PAS akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengambil tindakan terhadap Barisan Nasional berhubung tindakan mereka menaikkan papan iklan royalti.

Katanya, BN telah menggunakan bahan iklan tersebut sebagai modal mereka untuk memancing undi.

Papan iklan tersebut mula dinaikkan di kawasan PRK dengan tulisan ‘RM12 billion fitnah besar PAS’.

Tambah beliau lagi, papan iklan tersebut merupakan agenda BN untuk melakukan provokasi kepada PAS dan menjadikan modal berkempen.

Rupanya kecut juga perut puok munafik ni bila 'rahsia' duit Kerajaan Pusat mula dibongkarkan. Bila kemana sebenarnya peruntukan wang ehsan dari Kerajaan Bn disalurkan..50 % kepada Majlis Agama Islam Kelantan dan 50% terus kepada rakyat Kelantan.

Pas nak duit tu diberi pada mereka? wahHH senang banyak !!

Bagi puok munafik ni..mereka terperangkap dengan cerita dakyah sesat mereka sendiri bila sentiasa membohongi rakyat bahawa rakyat Kelantan tidak mendapat apa-apa hasil dari perut bumi negeri sendiri.

Check-mate !!


No comments:

Post a Comment