Bilik jentera PKR di Pengkalan Kubor bersorak gembira bila nama Wan Rosdi diumumkan sebagai calon PAS di Pengkalan Kubor.
PKR yang sudah mewakili pihak Pakatan Rakyat di kerusi itu sebelum ini difahamkan sudah bersiap sedia untuk meletak calon lain jika calon yang pro PasMa tidak terpilih.
Mereka bimbang jentera ulama akan mengenepikan mereka sebagai jentera utama di Pengkalan Kubor. Ini kerana nama Tuan Ibrahim Tuan Man pada mulanya telah diumumkan oleh PAS pada 10 September 2014 sebagai Ketua Jentera Operasi Induk PRK Pengkalan Kubor.
Tuan Ibrahim sudah pasti akan memberi kata dua untuk ahli ahli penaja PasMa di Kelantan dan ahli PKR agar bersama “berjemaah” dengan ulama PAS dalam satu saf.
Saranan yang sukar diterima kerana jentera PKR punyai cara dan modus operandi tersendiri. Pihak ulama juga difahamkan pernah menolak cadangan untuk membuat “kerja kerja hitam” terhadap calon BN dulu di Kuala Besut.
Wan Rosdi memang sahabat rapat jentera PKR dan boleh diajak berunding tentang soal kewangan. Menurut sumber dari jentera PKR di situ, pihak calon sudah mula melabur RM25,000 untuk pembukaan bilik jentera PKR dan wang awal untuk pergerakan jentera berkempen.
Wan Rosdi mengetahui arwah Dato Noor Zahidi akan punyai jentera yang kuat dibelakangnya yang menjadi faktor kemenangan arwah di Pengakalan Kubor. Haji Mat Razi, calon BN dikatakan punyai akses terhadap jentera ampuh itu menerusi anak arwah.
Jika Wan Rosdi tidak bersiapkan jentera sendiri menerusi PKR dan PasMa nescaya Wan Rosdi akan ditumpaskan oleh jentera ulama sendiri. Inilah peluang Tuan Ibrahim untuk kuburkan PasMa sebelum Hadi Awang dicabar dalam Muktamar akan datang.
Post a Comment