12/09/2014

N01 Pengkalan Kubor : Calon Pas Bakal Diganti

Menurut sumber yang boleh dipercayai, sudah mula kecoh di kem Pas dan PasMa..Wan Rosdi calon yang diumumkan lewat malam tadi merupakan Calon PasMa..rakan karib Husam..dan juga dari kem Anwarinas.

Mengejutkan juga bila Pas yang sentiasa mendahului mewar warkan nama calon di setiap Pilihanraya Kecil atau Umum..agak terlewat umumkan nama calonnya..ini berikutan desakan yang kuat dari kem Anwarinas yang berselindung di sebalik nama PasMa.

"PasMa bermesyuarat berasingan dengan Pas dalam menentukan nama Calon, Hatta Ramli khabarnya menjadi Pengerusi mesyuarat semalam" -sumber bilik gerakan.

Nik Abduh yang dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Pas juga dilihat tidak mempunyai pengikut setia lagi dikalangan Pas Pengkalan Kubur memandangkan Nik Aziz sudah tidak lagi menjadi Menteri Besar...lihat saja keluhan nada kecewa Nik Abduh dalam twitter beliau.

"Calon yang sepatutnya ialah Imam II Masjid Geting, Pengkalan Kubur" -sumber.

Pengkalan Kubur terdiri dari penyokong kuat Pas dari kalangan warga ilmuan agama.."orang pondok".

Kedengaran kumpulan Anwarinas seolah mengugut tidak akan salurkan bantuan kewangan kepada Calon selain dari yang diputuskan oleh mereka.

Yang tinggal..Menteri Besar..Timbalan Menteri Besar..Nik Aziz..Nik Abduh dan beberapa kerat sahaja yang sokong calon Ulama..Husam dan gengnya kini dilihat begitu berkuasa di Kelantan.

"Siapa yang banyak duit..dialah berkuasa di dalam Pas Kelantan" sumber.

Pas sedang bergelut antara pengundi yang majoriti pro ulama dengan Calon yang datangnya dari Pasma..

Boikot bakal berlaku di peringakat pengundi dan jentera ulama..

Apakah Calon baru bakal diganti..Pas sudah terkenal dengan U-turn..orang dah tak hairan kalau calon ditukar saat akhir.


No comments:

Post a Comment