Home » » N01 Pengkalan Kubor : Calon Ada Skandal Dengan Anak Murid

N01 Pengkalan Kubor : Calon Ada Skandal Dengan Anak Murid

Written By Unknown on 18/09/2014 | 9:54 am

Blogger PasMa mula menyerang peribadi calon BN di Pengkalan Kubor. Calon BN dituduh dan difitnah kononnya mempunyai hubungan sulit dengan bekas pelajarnya sendiri di Sekolah Menengah Geting, Pengkalan Kubor. baca di SINI

Ini adalah salah satu senjata jahat PasMa untuk cuba membunuh karakter calon BN di Pengkalan Kubor. Menurut sumber Barisan Nasional di Pengkalan Kubor, Haji Mat Razi (calon BN) telah mengetahui tentang hal fitnah ini. Haji Mat Razi kemudian menjelaskan cerita sebenar kepada Datuk Haji Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia bahawa tuduhan itu adalah tidak benar.

Haji Mat Razi mengakui beliau pernah beristeri seorang lagi, jodohnya tidak panjang dengan isteri yang kedua itu dan beliau telah menceraikannya. Isteri beliau yang kedua itu telah pun berkahwin lain dan mempunyai anak dengan suaminya yang baru.

Menurut sumber yang lain, kumpulan PasMa difahamkan sudah mula menghubungi bekas isteri Haji Mat Razi dan mahu bekas isterinya itu naik atas pentas PAS untuk berceramah memburukkan calon BN. Ada orang orang PasMa yang sudah hadir ke rumah bekas isteri Haji Mat Razi itu untuk membuat tawaran “lumayan” sekiranya bersetuju naik atas pentas PAS burukkan Haji Mat Razi.

Ini adalah satu taktik jahat dan keji yang cuba dimainkan oleh macai macai PasMa di Pengkalan Kubor. Orang PAS yang pro ulama tidak sanggup untuk memainkan cerita aib dan peribadi sebegini. Semata mata untuk menang dan mahu melonjakkan semula imej seseorang naik semula dalam parti PAS maka mereka sanggup berbuat apa sahaja.

Matlamat menghalalkan cara bagi macai macai PasMa.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger