Home » » Kelantan : Foto Penyanyi Dikir Barat Dipenjara Kerana Berpakaian Wanita

Kelantan : Foto Penyanyi Dikir Barat Dipenjara Kerana Berpakaian Wanita

Written By Unknown on 13/09/2014 | 10:07 am

Penyanyi dikir barat terkenal Kelantan Kajol dipenjara enam minggu dan denda RM1,000 di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, sebentar tadi, terhadap tuduhan berpakaian wanita dua bulan lalu.

Hakim Syarie Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Kajol atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Jeffri, 28, mengaku bersalah terhadap tuduhan.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa berlagak seperti perempuan dengan berambut panjang berwarna coklat, bibir bergincu, berpakaian wanita berwarna hitam serta memakai coli, bersubang dan memakai beg tangan perempuan. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Padang Perumahan Felda Aring Enam, Gua Musang pada jam 11.45 malam, 7 Mei 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7 Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan.

Isu-Panas

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger