20/09/2014

Hadi Awang Tidak Sanggup Keluar Dari Pakatan Haram



PAS membayangkan kemelut antara parti itu dengan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR) daripada DAP dan PKR akan berjaya diselesaikan walaupun pimpinan tertinggi kedua-dua parti komponen PAS itu tidak kelihatan semasa Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor hari ini.

Hadi juga optimis, krisis antara ketiga-tiga parti yang berpunca daripada cubaan penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor itu akan berjaya diselesaikan kerana PAS tidak pernah gagal menyelesaikan sebarang isu yang melanda mereka.

"Itu masalah yang perlu diselesaikan, Umno juga ada masalah, tiada yang tidak mempunyai masalah.

"Hanya bagaimana kita mahu selesaikan masalah itu," katanya yang yakin isu itu akan diselesaikan secepat mungkin.

"Yakin, yakin boleh selesai dengan baik. Kita seringkali dapat selesaikan masalah kita," katanya kepada pemberita selepas berucap dalam muktamar itu.

Pimpinan tertinggi PKR dan DAP tidak kelihatan ketika perasmian muktamar berjalan hari ini.

Sebaliknya, PKR dilihat menghantar Naib Presiden Chua Tian Chang dan Samsul Iskandar Mat Akin sebagai wakil, manakala DAP diwakili ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

Hadi ketika ditanya berkenaan adakah pimpinan tertinggi dua parti itu ‘memboikot’ persidangan muktamar mereka hanya berkata: "Itu naib presiden mereka mewakili pimpinan tertinggi."

No comments:

Post a Comment