22/09/2014

Foto Isteri Umur 8 Tahun Meninggal 'Dikerjakan" Suami Di Malam Pertama


YAMAN- Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun meninggal dunia akibat daripada tindakan ganas suaminya ketika melakukan hubungan intim.

Kanak-kanak tersebut yang bernama Yoga telah mengalami pendarahan yang teruk ketika melakukan hubungan seks bersama suaminya selepas selesai majlis meraikan pengantin di siang hari.

Hasil siasatan Doktor di hospital, alat sulit Yoga telah mengalami koyakan yang teruk.

Menurut sumber, lelaki itu berusia 40 tahun menjadi pilihan keluar dan perkahwinan mereka telah ditetapkan oleh ahli keluarga kedua-dua pengantin manakala Yoga pula berasal dari Hardh,sebuah kampung pedalaman yang terletak di sempadan Arab Saudi.

Ekoran daripada kejadian tersebut, semua masyarakat meminta ahli keluarga Yoga dan suaminya dihadapkan ke pihak makhamah untuk dikenakan tindakan.

Pendudk juga berharap penahanan keluarga Yoga nanti dapat menghentikan amalan perkahwinan paksa melibatkan kanak-kanak dengan lelaki tua di kawasan itu.

Dalam pada itu, seorang blogger yang dikenali sebagai Angry Man, menyelar lelaki berkenaan dan mahu dia dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

“Bukan pengantin lelaki itu sahaja, malah semua pihak yang turut serta mengatur perkahwinan itu sepatutnya dihukum,’’ katanya.

Hampir separuh daripada wanita di Yaman berkahwin pada usia muda iaitu sebelum 15 tahun. Pada September 2010, seorang budak berusia 12 tahun meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa untuk melahirkan anak.

utaranews

No comments:

Post a Comment