Home » » Foto Doktor Wanita Dari Malaysia Nikah Pejuang ISIS

Foto Doktor Wanita Dari Malaysia Nikah Pejuang ISIS

Written By Unknown on 19/09/2014 | 12:48 pm


Salah satu gambar yang dimuatnaik di laman blog tumblr 'diary-of-a-muhajirah.tumblr.com'.

Seorang wanita berusia 26 tahun yang mengaku rakyat Malaysia menggemparkan media sosial apabia dia selalu mengemas kini pengalamannya sebagai 'Muhajirah' di laman Facebook, Tumblr dan akaun Twitter.

Kebanyakan status yang dimuatnaiknya itu dikumpul oleh media sosial dari Amerika, Buzzfeed dan berdasarkan maklumat tersebut, wanita itu merupakan seorang doktor yang pergi ke Syria dan terlibat dengan perkahwinan rancang dengan anggota militan.

"Saya Muhajirah, boleh bercakap Urdu dan Hindi dan sebab itulah sesetengah 'sisters' mengalu-alukan saya ke sini...dengan filem dan tajuk lagu. Saya dari Malaysia," jelasnya di laman Twitter @BirdOfJannah pada 11 Ogos lalu.

Di laman facebook miliknya, wanita ini mendakwa kedatangannya ke Syria kerana ingin berkhidmat kepada masyarakat di sana kerana dia adalah seorang doktor.

"Saya melakukan hijrah ke Syria dan ibu bapa saya tidak bersama, tetapi mereka 'okay' dengan keputusan saya," komennya di laman Facebook.

Selepas dua bulan di Syria, dia terfikir untuk berkahwin kerana baginya amat sukar hidup bersendirian dan telah diperkenalkan dengan seorang Moroccan oleh teman serumahnya di Syria.

"Satu malam, kawan baik saya telah mengetuk pintu dan belum pun sempat saya menjawab apa-apa, dia telah membuka pintu dan melompat ke atas saya.

"Dia memberitahu bahawa suaminya telah bercakap dengan kawannya, dan kawan suaminya itu telah bersutuju untuk berkahwin dengan saya walaupun tidak berjumpa terlebih dahulu.

"Saya berasa hairan, dan memberitahunya saya bersetuju untuk berkahwin. Dia memeluk saya dan menangis serta berkata betapa gembiranya dengan keputusan saya ini. Saya merasakan dia berkelakuan seperti ibu saya dan itu merupakan malam yang emosi," jelasnya yang dikongsi di tumblr blog, Diary of A Muhajirah.

Shams dan suaminya tidak bercakap pada hari perkahwinannya yang mana difahamkan itu adalah arahan yang ditetapkan oleh pihak organisasi dan mereka perlu memuat turun kamus di aplikasi telefon untuk bercakap pada awal perkahwinan mereka.

"Suami dan saya, adalah sangat berbeza. Kami dari dua benua yang berbeza dan bercakap dan bahasa yang berlainan. Bahasa arab saya sangat teruk, manakala dia sangat fasih berbahasa arab dan Perancis.

"Saya masih ingat kami memuat turun aplikasi kamus di telefon bimbit dan ia sangat membantu. Apa yang penting adalah hati," jelasnya di laman Facebook sebelum memadamnya.

Selepas empat hari perkahwinannya, dia baharu tersedar dia berkahwin dengan seorang Mujaheed dan perlu berdepan dengan realiti apabila suami kawannya meninggal dunia ketika berperang.

Dia juga turut memuatnaik kata-kata dari suaminya di laman Facebook "Jihad adalah isteri nombor satu, dan kamu adalah yang kedua. Saya harap kamu faham."

Mstar OL
Share this article :

+ comments + 1 comments

9/19/2014 3:27 pm

Kasihanlah aku lihat doktor yang gilakan "kesegakkan orang dari Benua Semitic ini! Sebenarnya lain padang lain belalang!! J' aspere que vous etes tre heareux maintenant!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger