Bermesra dengan kekasih dalam tandas di lokasi penggambaran! Itulah cerita yang SS dengar daripada seorang rakan mengenai artis wanita ini.
Cinta yang begitu membara di hatinya sehingga tidak dapat dibendung lagi membuatkan artis itu tidak mempedulikan orang sekelilingnya.
Sejak artis itu terkena ‘amukan’ cinta, ke mana pergi pasti buah hatinya ada bersama sehinggalah ke lokasi penggambaran turut dibawa juga.
Bukan setakat jadi pemandu artis itu ke lokasi malah menemaninya makan dan minum serta mengisi waktu lapang ketika artis itu sedang menunggu babak penggambaran seterusnya.
Lantas sejam dua menunggu kru produksi menyediakan set baru bukanlah masalah besar kepada artis itu kerana ada si buah hati. Agaknya lagi lama menunggu set itu siap, lagi bagus!
Banyak mata yang memandang dan berasa kurang senang dengan perkelakuan artis itu namun jika tuan punya badan sendiri dah tak kisah, orang sekeliling tengok sajalah wayang percuma.
Kalau menonton filem romantik di panggung kena juga bayar paling kurang RM10 dan itu belum termasuk nak beli bertih jagung dan minuman ringan.
Sementara menunggu gilirannya beraksi depan kamera, artis itu juga tidak melepaskan peluang bermesra dengan teman lelakinya.
Berbabak-babaklah drama yang berlaku di lokasi penggambaran sehinggalah penamatnya berakhir di dalam tandas!
Kezoom
Post a Comment