Home » » Artis Lelaki Kita Takut Aksi Berahi Dengan Gadis Kantoi

Artis Lelaki Kita Takut Aksi Berahi Dengan Gadis Kantoi

Written By Unknown on 12/09/2014 | 12:56 am

Pelawak Shuib (Sepahtu) tidak memberitahu isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin tentang adegan intimnya bersama aktres kontroversi Zarina Anjolie(gambar) yang dilakonkan dalam filem Amir & Luqman Pergi Ke Laut.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 30, berkata, dia enggan bercerita tentang babak tersebut berikutan bimbang akan menggores perasaan isterinya.

"Kebiasaanya setiap kali balik penggambaran saya akan berkongsi cerita dengan dia di rumah, tetapi babak intim dengan Zarina Anjolie saya tidak cerita, biar dia tahu masa tonton cerita tersebut sahaja nanti.

"Kadang-kadang kalau perkara tersebut memudaratkan baik tidak perlu bagi tahu, biasanya dia akan bising kalau ada babak yang agak daring," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pratonton Filem Amir & Luqman Pergi Ke Laut, di pawagam Cathay Cineplex e@Curve di sini, malam Selasa lalu.
Antara babak antara Shuib dan Zarina Anjolie.
Dalam filem arahan Mamat Khalid tersebut ada beberapa babak intim apabila Shuib yang memegang watak Luqman digoda oleh Balkish yang dilakonkan oleh Zarina.

Tambah Shuib, sebagai seorang pelakon dia bersedia untuk melakonkan babak yang diminta oleh pengarah secara profesional.

Saya bukan berlakon berdua sahaja, ada puluhan krew yang menyaksikan lakonan kami dan sebagai pelakon ia adalah tanggungjawab saya untuk buat apa yang diminta oleh pengarah.

"Pada asalnya memang saya rasa agak malu dan takut, saya dah bagi tahu apa akibat yang terjadi tentang babak itu nanti abang Mamat akan tanggung," ujarnya berseloroh.

Sementara itu, Shuib mengakui pertama kali bekerja di bawah arahan Mamat Khalid, dia agak tertekan sepanjang pengambaran dilakukan.

Katanya, sebagai pelawak agak sukar untuk dia memberi lakonan secara serius seperti yang diinginkan oleh pengarah tersebut.
"Saya rasa terseksa dan setiap hari takut untuk pergi lokasi kerana selalu kena marah dengan abang Mamat.

"Saya bukan pandai sangat berlakon, kalau setakat berlakon dan buat lawak itu boleh tetapi filem ini memerlukan saya berlakon jadi orang lain," ujarnya.
Utaranews
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger