11/08/2014

Wan Azizah Tidak Puas...

Photo: Sultan Selangor perkenan TS Khalid terus kekalkan jawatan MB. Kesian Jijah, kecewa hingga kipaspun tertinggal.


Nampaknya Wan Azizah perlu menahan sebentar keghairahannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor memandangkan Khalid Ibrahim masih lagi menjadi MB yang sah setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor.

Azizah yang sebelum ini dinamakan oleh Anwar Ibrahim sebagai pengganti Khalid sudah pun menyatakan kesediaannya untuk berkhidmat kepada rakyat Selangor walaupun hakikatnya beliau pernah gagal berkhidmat untuk rakyat Permatang Pauh satu ketika dulu.

Walaupun PKR sudah pun tampil mencabar Khalid supaya membuktikan dakwaannya yang telah mendapat sokongan majoriti Adun-Adun di Selangor , keadaan tidak akan begitu mudah buat Azizah untuk menduduki kerusi idaman Anwar itu.

Diberitakan bahawa tiga ADUN PKR sudah pun hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan, terutama Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut sumber dalaman PKR, ADUN berkenaan juga akan mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat selain mahu bersama di bawah pentadbiran Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

"Kebanyakan pimpinan PKR juga tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang melantik isterinya sendiri yang juga Presiden PKR sebagai calon MB.

"Namun semua masih tidak berani untuk berbuat apa-apa kerana bimbang hilang jawatan dalam PKR. Bagaimanapun, beberapa ADUN yang berani akan mengambil langkah meninggalkan parti," kata sumber itu.

Sejauh mana kebenaran maklumat ini sama-sama kita tunggu dan lihat.

Paling pasti kem Anwar akan melalukan segala yang termampu untuk memastikan Khalid disabitkan dengan kesalahan menipu DYMM Sultan Selangor akibat daripada penjelasannya tentang sokongan daripada majoriti Adun di Selangor.

Dalam masa yang sama DAP pula sudah mula panas punggung memandangkan selain dari Pulau Pinang merkea juga mahukan Selangor menjadi sebahagian daripada platform untuk meneruskan agenda sama rata mereka.

Krisis di Selangor semakin menarik dan kerana itu cerdik pandai dari kalangan PAS dan UMNO perlu segera mencari ruang untuk berusaha sekurang-kurangnya menafikan majoriti puak-puak laknat seperti PKR dan DAP.

Penutup Khalid menang dalam pusingan pertama menentang Anwar !!


Happy Worst Day Anwar !!


Aakj ; Wan Azizah puashati ke dengan apa yang dia buat kat Khalid? Lupa ke jasa paling besar Khald selamatkan Anwar dalam isu JAM OMEGA ! Hati busuk memang tak pernah puas !!


MMI

No comments:

Post a Comment