Home » , » Terkini ; Seorang Lagi Adun Pas Belot?

Terkini ; Seorang Lagi Adun Pas Belot?

Written By Unknown on 16/08/2014 | 11:32 pm


Ketika DAP bersikap keras terhadap PAS tentang isu Khalid Ibrahim, masih ada lagi ADUN PAS yang berani bersekongkol dengan parti bukan Islam itu.

Esok, sewaktu pimpinan PAS bermesyuarat untuk menyatakan pendirian parti ada pula ADUN PAS yang buat majlis raya dengan ahli parlimen DAP di Bangi.

Banner yang dipaparkan menunjukkan YB Shafie Ngah, ADUN PAS Bangi akan mengadakan jamuan Aidilfitri pada 17 Ogos 2014 di Bangi Gateway, Bangi. Turut terdapat dalam banner tersebut adalah Ong Kian Ming, Ahli Parlimen DAP Serdang.

Mengapa ADUN PAS tersebut kelihatan terlalu terburu buru mahu bersama dengan DAP dalam majlis hari raya Aidilfitri? Tidak bolehkah meletakkan gambar Haron Din, Timbalan Murysidul Am PAS yang tinggal tidak sampai 2 kilometer sahaja dari Bangi Gateway?

Atau banner tersebut dibuat oleh mereka yang kuat membodek DAP di Selangor dan mahu merosakkan imej Adun Bangi tersebut tatkala krisis politik Selangor yang makin meruncing. Akibat daripada perbuatan tersebut ahli ahli PAS Bangi mungkin berputih mata jika Shafie Ngah tidak dilantik dalam Exco baru Khalid Ibrahim.

Lebih membimbangkan PAS jika Adun tersebut ikut sama jejak ADUN PAS Morib dan Hulu Klang menyokong sama Wan Azizah. Apa sahaja boleh dibimbangi akan terjadi kerana yang bersama dengan Adun PAS tersebut adalah Pengarah Strategi DAP.

Lebih baik Musthapa Ali panggil Adun PAS ini mengadap kerana buat majlis raya dengan wakil rakyat DAP.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger