Home » » Terkini Mesyuarat Khas Pas : Mat Sabu Sibuk "BerWhatsApp"

Terkini Mesyuarat Khas Pas : Mat Sabu Sibuk "BerWhatsApp"

Written By Unknown on 17/08/2014 | 11:07 am

Menurut sumber dalaman dari pejabat PAS, semua pimpinan yang sedang bermesyuarat sekarang ini sudah capai kata sepakat untuk menjadikan Selangor sebagai negeri Islam kedua selepas Kelantan.

Nasrudin Hassan yang paling vokal dan menyatakan bahawa Khalid Ibrahim wajar diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada pimpinan PAS. Ahli mesyuarat bersetuju tetapi ada gangguan daripada “luar” yang cuba menggangu.

Beberapa orang ahli mesyuarat yang pro pada Anwar Ibrahim dilihat sibuk menaip sesuatu di telefon tanpa menghiraukan apa yang sedang dicakap oleh Hadi Awang.

Mata Mat Sabu pula pula sibuk menatap WhatsApp. Entah apa yang cuba disampaikan oleh Mat Sabu kepada “seseorang di luar” itu.

Setakat jam 10.30 pagi tadi, ahli ahli PAS yang menyokong Hadi kelihatan masih setia menunggu keputusan rasmi mesyuarat. Ada yang kelihatan berdoa agar parti PAS mendapat petunjuk sebenar tentang krisis di Selangor.

Mesyuarat dijangka tamat sebelum jam 12.00 tengahari. Jika mesyuarat berlanjutan hingga sebelum Zohor sudah pasti ada “kuasa luar” yang cuba pengaruhi parti PAS, demikian ulasan seorang orang kuat Hadi Awang yang datang dari Marang dan berada di pejabat PAS sejak jam 8.00 pagi lagi.

Wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Ibrahim  atau calon lain, itulah keputusan mesyuarat nanti. Untuk masa sekarang Khalid adalah pilihan majoriti

Tv14.my

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger