Mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang sebulat suara menamakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dipersetujui secara bersama dengan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyokong penuh pencalonan Wan Azizah sebagai calon baharu Menteri Besar Selangor.
No comments:
Post a Comment