Itulah keputusan yang bakal dijangkakan. Atas alasan itulah ramai yang berdemo di pejabat PAS masih tidak berganjak seinci pun.
Penyokong Hadi Awang masih lagi utuh dan tidak berganjak dari pintu hadapan ibu pejabat PAS. Bilangan mereka makin bertambah. Beranikah ahli ahli mesyuarat yang pro Anwarinas keluar dari pintu hadapan pejabat PAS jika keputusan mesyuarat memilih Wan Azizah sebagai MB Selangor?
Sudah pasti mereka tidak berani. Difahamkan mereka akan keluar menerusi pintu belakang yang sudah siap disediakan jika berlaku keputusan tidak seperti sebagaimana yang diingini Hadi Awang.
Ada beberapa orang penyokong Hadi Awang yang ditemui menyatakan mereka percaya satu keputusan rasmi tidak akan dibuat selepas mesyuarat nanti.
Ini kerana mereka difahamkan akan ada satu sidang media lain diatur oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan diadakan pada:
Tarikh: 17 Ogos 2014
Waktu: 6.30 petang
Tempat: Ballroom, Empire Hotel, Subang Jaya
Seorang lagi penyokong setia Hadi Awang menyatakan mereka akan berkumpul di Empire Hotel selesai solat Zohor nanti. "Saya percaya Anwar akan cuba mempermainkan Tuan Guru Hadi Awang dalam sidang media petang ini" ujar penyokong setia terbabit yang datang dari Baling, Kedah.
Inilah taktik yang Anwar ada untuk mengawal isu dan keputusan yang sudah pun dibuat oleh pihak PAS. Biar pun majlis syura PAS sudah buat keputusan atau Mesyuarat Khas PAS sudah buat keputusan, Anwar tetap tidak mahu iktiraf keputusan itu.
Anwar tetap mahu "overwrite" keputusan pimpinan parti PAS. Strategi ini sudah diketahui oleh penyokong penyokong setia Hadi Awang. Atas faktor dan kesedaran itulah mereka sanggup atas dari jauh dengan perbelanjaan sendiri demi memastikan Hadi Awang tidak dipermainkan Anwar.
Suhaizan Kayat dah beri "hint" bahawa Khalid Ibrahim ditolak dalam Mesyuarat PAS. Siapa penggantinya? Mungkin diumum di Empire Hotel oleh Anwa Ibrahim.
No comments:
Post a Comment