17/08/2014

Mesyuarat Khas Pas Di Ganggu Kumpulan Cina "Reben Hitam"





Pengarah Jabatan Amal Wilayah Persekutuan Dewan Pemuda Pas Wilayah, Rashidi Razak (tiga, kanan) sedang memberi taklimat mengenai rancangan Kumpulan Riben Hitam untuk berdemonstrasi di hadapan Ibu Pejabat Pas di sini pada pagi ini.

Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Kumpulan Riben Hitam dilapor akan mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut di sini pagi ini.

Menurut Pengarah Jabatan Amal Wilayah Persekutuan Dewan Pemuda Pas Wilayah, Rashidi Razak kumpulan itu dijangka mengadakan protes terhadap pimpinan Pas yang dianggap tidak sealiran dengan dengan komponen pakatan pembangkang yang lain dalam isu perebutan jatawan Menteri Besar Selangor.

Rashidi memberitahu, perhimpunan disyaki cuba memberi tekanan kepada pimpinan Pas Pusat khusus Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bermesyuarat mengenai isu tersebut di sini pagi ini

Beliau yang berkata demikian ketika taklimat kepada petugas Unit Amal di sini turut meminta anggotanya agar mengelakkan dan mencegah sebarang provokasi dan konfrontasi yang cuba dicetuskan oleh kumpulan tersebut.

"Kita akan cuba mengawal keadaan sebaik mungkin dan menerima sebarang memorandum yang akan diserahkan.

"Tetapi kita sama sekali tidak akan menerima sebarang kebiadapan yang cuba dilemparkan kepada Presiden dan Majlis Ulama," tegas beliau ketika taklimat berkenaan. - UTUSAN ONLINE

Sehingga saat ini..tak nampak lagi batang hidung puok reben hitam ni..

Foto ; kumpulan reben hitam..hiasan

No comments:

Post a Comment