24/08/2014

KJ Menantu Pak Lah Tidak Faham Konsep "Parti Kuasai Kerajaan" Atau "Penjawat Awam Bukan Pekerja Kerajaan"?



Tidak adil membekukan laluan kerjaya penjawat awam yang tidak menyokong “parti kita”, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.


Sejak jadi Menteri Belia ni lain macam pula kenyataan KJ menantu Pak Lah ni..

Lama dah Aakj dok perati, saja bagi ruang dia adjust otak dan perangai bila dok dalam kabinet PM Najib, kabinet Menteri BN yang menguasai Kerajaan Malaysia setelah diberi mandat lagi sekali oleh Rakyat Malaysia setelah PRU13 yang lalu.

Apakah beliau sorang je mampu gunakan alasan kononnya berfikiran luar kotak dan berpandangan politik baru dan juga kononnya sekarang kalau nak berpolitik maka kena liberal?

Apakah luar kotak kalau kita tidak faham apa itu Parti Kuasai Kerajaan? Kj ingat sesaja ke negara kita amalkan demokrasi dan kerajaan di pilih melalui proses pemilihan undi dari rakyat. Suara rakyat majoriti yang menentukan siapa memerintah negara ini.

Politik barukah kalau kita ambil musuh bekerja dengan kita dan terang-terangan musuh itu kekal menentang kita?

Liberalkah kalau meletak kerahsiaan negara di tangan manusia yang MUNAFIK..kerja dengan kita tapi tidak hormat dasar yang ditetapkan oleh kita?

Janganlah kita bodohkan ahli parti sendiri dengan kenyataan yang teramat bodoh, nak tunjuk kononnya kita gentleman atau kita sendiri tidak pernah faham erti KENANG BUDI?

Budi paling besar yang sentiasa ada dalam diri ahli UMNO adalah SETIA dan tidak KHIANATI parti apatah lagi bila diberi tanggungjawab galas amanah menjadi pemimpin.

Sedarlah..ketika ada kuasa ni..jagalah kuasa itu seamanah yang mungkin..kalau dah takde kuasa..melalak tepi jalan sekali pun orang kencing kat muka kita je..

Kalau rasa tak sesuai dengan dasar Parti kuasai kerajaan..sila letak jawatan..tak perlu nak cakap tunggu post mortem bagai..just letak jawatan dan tengok sapa nak ambik jadi pegawai khas..Anwar?

Tak perlu nak cerita tentang penjawat awam tak boleh dipaksa sokong kerajaan..kalau tak nak sokong..haram makan hasil kerja dengan kerajaan yang dibenci..sebab kerja akan jadi tidak amanah..datang kerja bukan untuk bekerja..tapi untuk mengata !!

bersambung...nampak gaya berepisod juga kot..lu jangan cuit kesetiaan Ahli UMNO Bro...dan lu jangan pandang rendah pada keupayaan Ahli UMNO yang setia..Oxford bukan hebat sangat!!

Bro..Lu Baca komen ni :







No comments:

Post a Comment