Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid brahim hari ini secara terbuka meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana mengheret mereka dalam krisis politik pertikaian menteri besar.
Bercakap di hadapan kira-kira 200 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Khalid meminta maaf kerana dalam usaha cuba mempertahankan integritinya, secara tidak langsung rakyat dan kakitangan kerajaan negeri terlibat sama.
"Minta maaf kerana perhatian yang diberikan kepada anda. Bagi saya, itu tidak mengapa, kerana saya memilih untuk menjadi ahli politik.... Jadi, saya terpaksa menghadapinya.
"Minta maaf kepada anda kerana datang ke sini bukan untuk terlibat dalam keadaan ini. Itulah harga sebuah integriti," katanya ketika merasmikan Persidangan Integriti Tahun Ketiga PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Khalid turut memetik hadith Rasulullah riwayat Bukhari yang menyentuh tentang amanah: "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran."
Post a Comment