Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat.
Menurut sumber terdekat Khalid yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, Menteri Besar itu dikatakan kecewa dengan perkembangan politik terkini pakatan.
“Tan Sri sangat kecewa dengan pimpinan pakatan rakyat khususnya PAS yang dikatakan belot disaat akhir.
“Namun perletakkan jawatan tersebut hanya melibatkan kawasan parlimen sahaja” ujarnya kepada SuaraTV.
Menurut sumber tersebut bagi jawatan ADUN Perlabuhan Klang, Abdul Khalid perlu mengadap Sultan Selangor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
“Setakat ini hanya jawatan beliau sebagai ahli parlimen Bandar Tun Razak selain daripada itu saya tidak pasti.
“Mungkin Tan Sri ingin selesaikan isu Selangor dahulu dan mengadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat dan perkenan Tuanku” katanya lagi.
Menurut sumber tersebut lagi, apapun tunggu pengumuman Khalid dalam masa terdekat ini.
Post a Comment