19/08/2014

Kereta Cikgu Terbakar Update : Foto Terkini


Sebuah sekolah menengah di Teluk Panglima Garang menjadi gempar awal pagi tadi apabila sebuah kereta milik guru di sana terbakar secara tiba-tiba.

Mujurlah, guru berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan apabila dia berada di pejabat sekolah ketika kebakaran berlaku.





Difahamkan guru tersebut sememangnya mahu pulang memandu keretanya itu kerana kurang sihat namun memutuskan untuk ke pejabat bagi menyelesaikan urusan dokumentasi terlebih dahulu.

Sebaik menyedari kebakaran beberapa pelajar bergegas cuba memadamkan api dan menyelamatkan guru mereka yang disangka berada di dalam kereta Proton Waja tersebut.

Namun kereta tersebut akhirnya hangus sama sekali.



Ekoran kejadian mengejutkan ini, sebuah kereta Perodua MyVi yang diparkir berhampiran menggelupas catnya kerana haba kebakaran. - MYNEWSHUB.MY

No comments:

Post a Comment