10/08/2014

Kemelut Gila Kuasa Selangor : Ada ADUN Gila Usung Kekasih?

Sekadar tertanya diri..Apakah bila Kerajaan Selangor huru hara dalam isu perebutan kuasa antara Khalid dan Azizah maka Adun UMNO BN menyepi atas dasar tak nak camportangan dalam urusan dalam kain pakatan haram??

Salahkah buat roadshow seluruh Selangor..jumpa rakyat dan jelaskan kepada rakyat betapa rakusnya nafsu parti paling gila di dunia ini?

"Politic is about game of numbers.." dan pertandingan siapa dapat lebih sokongan akan berakhir dengan kemenangan siapa yang lebih angka sokongannya..

Apakah UMNO BN Selangor rasa tidak perlu ambil kesempatan untuk tingkatkan angka sokongan di Selangor ini? Cukup ke dengan kerusi yang UMNO menang sekarang?

Tak pernah fikir ke ada Dun yang UMNO BN menang hanya kerana pertembungan 3 penjuru dan ada yang menang cukup cukup makan saja?

Atau Adun Adun UMNO BN sedang berdoa agar janganlah ada Pilihanraya Negeri..janganlah Dun dibubarkan kerana takut kalah dan takkan jadi YB lagi selepas itu dan akhirnya takkan mampu bermain Golf lagi sesama mereka ketika Dun Selangor sedang bersidang?

Noh Omar dan Samsudin Lias dah sedia ke kalau esok Dun Selangor bubar?

Apakah benar aakj dengar ada yang dok sibuk usung pempuan dengan tayangkan kemewahan menjadi YB??

Fikir sendirilah !!

1 comment:

  1. saya rasa tak perlulah kita menjadi seperti pkr membuat publisiti di seluruh dunia ttg keburukan BN sedangkan seluruh dunia tahu keburukan dan kelemahan pkr.
    Nanti bila ada yg amik kesempatan dituduhnya konspirasi lah... rasuah lah.... dsbnya...
    Satu dunia tahu kemelut pkr cuma ramai peyokong pakatan "buat-buat tak tahu" sebab kepentingan diri sendiri... sekian...

    ReplyDelete