11/08/2014
Foto 12 Lelaki Di Tangkap & "Disunatkan" Secara Paksa
Seramai 12 lelaki di wilayah barat Kenya ditangkap, ditelanjangi, dan disunat secara paksa sebagai sebahagian dari sebuah ritual tahunan.
12 lelaki tersebut dari Suku Luo, Turkana, Iteso, dan Luhyia dikhabarkan dipaksa bersunat selepas isteri-isteri mereka mengatakan bahawa para lelaki itu tak boleh menjadi lelaki sebenar jika belum bersunat.
Para perempuan di bandar Moi s Bridge, tempat insiden ini terjadi, mengatakan bahawa mereka ingin para suami mereka bersunat kerana menjadikan mereka lebih bersih dan lebih jantan di atas katil.
Menurut stesen radio West FM, para lelaki ini belum bersunat kerana mereka memang mengelak atau mereka berasal dari sub-suku Luhyia yang memang tidak mewajibkan para lelaki melakukan sunat.
Salah seorang isteri dari ke-12 lelaki itu, Anne Njeri, menceritakan insiden itu kepada stesen radio tempatan.
"Kami sangat gembira dengan langkah ini kerana lelaki yang belum bersunat sangat kotor dan kurang jantan. Kini kami yakin akan menikmati perkahwinan kami," ujar Anne.
Ternyata, prosedur sunat ini menakutkan bagi para lelaki Kenya. Seramai 50 lelaki meminta perlindungan polis dari aksi sunat paksa tersebut.
Sumber: kompas.com
No comments:
Post a Comment