10/08/2014

Ceramah ; Wan Azizah Merintih Sedih Beliau Sudah Cukup Lama Berkorban


Ceramah Isu Semasa Negeri Selangor

Tarikh : 9/8/2014 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Teratai Seksyen 19 Shah Alam
Anjuran : PKR Cabang Shah Alam & Selangor
Kehadiran : 700 orang (Melayu : 80%, Cina : 5%, India : 15%)

Kehadiran VIP :

1. Zuraidah Kamaruddin (MP Ampang)
2. Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik)
3. Datin Seri Wan Azizah (Presiden PKR)
4. Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR)
5. Rafizi Ramli (MP Pandan)

Isu Berbangkit :

Saifuddin Nasution Ismail

1. Majlis ceramah pada hari ini berbeza dengan siri sebelumnya oleh kerana pada hari ini lebih membincangkan isu di negeri Selangor.

2. Isu berkenaan pemecatan Tan Sri Khalid menjadi persoalan semua pihak dan mengapa ia dilakukan pada masa sekarang. Penjelasannya adalah Tan Sri Khalid merupakan seorang sahabat akrab Dato Sri Anwar dan sesungguhnya ianya merupakan keputusan yang sukar.

3. Penilaian tentang sebarang keputusan dibuat dengan cukup teliti bukan sembrono sahaja. Mesyuarat majlis Presiden Pakatan Rakyat seringkali menegur kepimpinan negeri-negeri yang ditadbir mereka termasuk parti Keadilan merujuk kepada negeri Selangor. Dan teguran tersebut disampaikan dalan mesyuarat biro politik dan seharusnya Tan Sri Khalid perlu hadir tetapi beliau tidak berbuat demikian.

4. Isu kenaikkan lesen perniagaan, elaun Exco dan perbincangan Langat 2 adalah antara isu-isu utama yang mengaitkan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor.

5. Isu penyelesaian hutang oleh Tan Sri Khalid. Tan Sri pernah berhutang sebanyak RM214 juta untuk membeli saham Guthrie. Pada beberapa tahun lepas proses penyelesaian mula berjalan di luar mahkamah. Penjualan saham masih tidak dapat selesai hutang sehingga diperintah mahkamah hutang perlu dibayar. Baki hutang 70 juta selesai luar mahkamah. 23 April 2014 Bank Islam selesaikan isu tersebut. Perkara itu sensitif bagi ahli politik.

6. Cara menyelesaikan masalah melalui 2 cara iaitu melalui orang ketiga dan juga wahyu dari Putrajaya dan perkara tersebut sudah tentunya mempunyai kaitan dengan perjanjian Langat 2

7. Keputusan "Kajang Move" dibuat supaya Tan Sri Khalid memberi laluan pada Wan Azizah tetapi Tan Sri Khalid enggan.

8. Beberapa kali Presiden Parti mahu berjumpa Tan Sri Khalid tidak mahu dengan alasan sibuk urusan pentadbiran negeri tetapi beliau boleh hadir ke rumah Nik Aziz di Kelantan untuk berhari raya.

9. Kemuncaknya Tan Sri Khalid dipecat petang tadi dan beliau menerima keputusan dan mohon mengadap Tuanku Sultan Selangor untuk pandangan Tuanku dalam keadaan beliau sebagai ADUN Bebas. Sejarah di Selangor apabila buat pertama kali Menteri Besarnya ADUN Bebas.

YB Rafizi Ramli

1. Ceramah luar biasa bagi membincangkan seorang pimpinan tertinggi parti PKR. Isu pemecatan Tan Sri Khalid amat payah untuk dirungkai.

2. Rafizi menyatakan tugas beliau hadir bagi menerangkan beberapa fakta yang sahih dan bukan isu-isu lain. Soal Tan Sri Khalid bukan perkara baru. Pimpinan PAS yang selama ini mempertikaikan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor tetapi pada hari ini mempertahankannya.

3. Tan Sri Khalid bukanlah seorang yang jujur seperti pandangan umum. Rafizi menyatakan beliau mengenali Tan Sri Khalid ketika umur 15 tahun lagi ketika Tan Sri Khalid menjadi juri pertandingan pidato di sekolah beliau. Beliau amat rapat ketika memegang jawatan sebagai perunding dan penasihat ekonomi di negeri Selangor selama lebih 2 tahun.

4. Tan Sri Khalid mempunyai hutang yang besar. Pada tahun 1994 beliau berhutang dengan Bank Islam melalui skim Al Murabahah dan meninggalkan PNB dalam tahun yang sama untuk menjadi CEO Guthrie dengan dibantu oleh DS Anwar sebagai Menteri Kewangan. Beliau mendapat 5 peratus saham Guthrie dengan jumlah RM214 juta dan membuat pinjaman dengan Bank Islam bagi membiayai kos saham tersebut. Mengikut perjanjian sepatutnya ia dibayar bermula tahun 1998 tetapi Tan Sri Khalid tidak boleh bayar dan minta ianya ditangguhkan. Perkara itu berterusan sehingga tahun 2001.

5. Pada tahun 2001, Bank Islam dan Tan Sri Khalid membuat satu perjanjian baru iaitu Tan Sri Khalid menyerahkan Saham beliau (Guthrie) sebagai cagaran dan dibayar secara ansuran setiap 6 bulan. Pada tahun 2003, Tan Sri Khalid tidak boleh bayar saham yang dijual yang mempunyai baki RM70 juta dan pada tahun 2007 Tan Sri Khalid telah menyaman Bank Islam berdasarkan beliau tertipu dengan skim yang ditawarkan bank tersebut.

6. Maklumat pada awal bulan Januari 2014, Tan Sri Khalid membuang rundingan dengan Tan Sri Rashid Manaf orang paling kanan Tun Daim dan disebabkan itu kepimpinan parti mohon beliau undur diri untuk memberi laluan DS Anwar menjadi MB Selangor.

7. Rentetan isu tersebut terdapat pelbagai perkara luar jangka berlaku iaitu perjanjian Langat 2 dan kes hutang dengan Bank Islam digugurkan dan ianya menjadi kesangsian dikalangan pemimpin parti.

8. Tan Sri Khalid dan pejabatnya menyerang PKR berikutan isu pampasan syarikat bekalan air di Selangor. Bulan Feb 2013 pampasan kepada Splash RM 2 Billion dan Syabas RM1 Bilion. Tetapi jumlah pampasan Splash dikurangkan kpd 250 juta dan Syabas ditambah 538 juta dan ianya menimbulkan perasaan kurang puas hati di pihak Splash.

9. Pada 19 Mac 2014, 1170 ekar tanah Kerajaan negeri telah dijual pada Dennis Tan dengan harga RM 1.7 Billion tetapi hanya dibayar RM50 juta sahaja dan bakinya dibayar ansuran selama 20 tahun. Setahun selepas itu tanah tersebut dipindah milik kepada syarikat Tan Sri Rashid Manaf yang menjadi orang tengah penyelesaian Tan Sri Khalid dan Bank Islam.

10. Pada 6 Mac 2014 di Quality Hotel Shah Alam, hanya sekali sahaja Tan Sri Khalid menjawab isu hurang beliau di hadapan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Jawapan yang diberi oleh Tan Sri Khalid adalah jawapan yang tidak boleh diterima.

11. Dan pada petang tadi Pimpinan Tertinggi Parti membuat keputusan memecat beliau dan terpulang kepada penilaian umum bagi menilai kredibiliti Tan Sri Khalid jika beliau terus kekal sebagai Menteri Besar.

Ulasan :

1. Datin Seri Wan Azizah hadir dan berucap hanya sekitar 15 minit sahaja dengan nada rintihan dan sedih bagi meraih simpati orang ramai yang hadir.

2. Datin Seri Wan Azizah menyatakan bahawa beliau sudah cukup lama berkorban dan bukannya jawatan yang diimpikan selama ini.

3. YB Yaakob Sapari memberi ucapan aluan sebagai Tuan Rumah dan menceritakan serba sedikit pengalaman beliau dengan Tan Sri Khalid dan apa yang telah Tan Sri Khalid buat ketika menjadi Menteri Besar.

4. YB Zuraidah juga berucap seketika dan mengambil masa sekitar 20 minit dan menceritakan kepincangan dan kredibiliti Tan Sri Khalid yang perlu ditolak sebagai MB Selangor dan pemilihan DS Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru amat bertepatan dengan kelayakan beliau sebagai Presiden Parti.

5. Secara keseluruhan ceramah pada hari ini adalah pentas bagi menimbulkan persepsi buruk Tan Sri Khalid dan menyerang secara terang-terangan masalah peribadi Tan Sri Khalid.

6. Banyak isu dikupas bersangkut paut dengan pelbagai isu hutang dan perjanjian Langat 2. Rafizi seperti biasa sebagai pencari maklumat sama seperti apa yang dilakukan terhadap pemimpin UMNO.

7. Kebanyakkan yang hadir adalah di kalangan orang di luar kawasan dan amat kurang di kalangan pengikut PAS sekitar 20 peratus sahaja.

8. Banyak isi ceramah adalah bagi mengalih perhatian bahawa pemecatan Tan Sri Khalid bukanlah disebabkan kerakusan kuasa pemimpin mereka tetapi ianya disebabkan masalah peribadi Tan Sri Khalid sendiri.

No comments:

Post a Comment