BRASILIA - Beberapa banduan yang melarikan diri melalui satu terowong dari sebuah penjara merakamkan aksi mereka menerusi telefon bimbit, lapor stesen penyiaran, Sky News kelmarin. Mereka kemudian memuat naik video itu di internet.
Seorang pegawai polis berkata, pengawal-pengawal penjara yang bertugas tidak memeriksa bilik-bilik banduan itu sejak dua bulan lalu.
Banduan-banduan itu kemudian melarikan diri ekoran kegagalan pengawal penjara memeriksa bilik-bilik yang dihuni mereka.
Seramai 13 banduan di Brazil berjaya melarikan dari sebuah penjara di Rio Verde, Goias.
Justeru, pengawal penjara itu digantung tugas kerana tidak mendengar bunyi bising ekoran rancangan banduan dari bawah tanah itu.
Seorang timbalan ketua polis di Rio Verde, Jaqueline Camargo Machado mengaku bilik-bilik banduan itu tidak diperiksa untuk sementara waktu.
"Banduan- banduan itu menggali sebuah terowong untuk memudahkan mereka melarikan diri," katanya.
Sebuah rakaman kamera litar tertutup menunjukkan terdapat beberapa lelaki melarikan diri.
Setakat ini, pihak polis berjaya mengesan dua orang banduan. - AGENSI
kosmo
No comments:
Post a Comment